Infotainment

Misteri Okiku, Anak Patung Jepun Yang Rambutnya Memanjang Seperti Manusia

Misteri Okiku, Anak Patung Jepun Yang Rambutnya Memanjang Seperti Manusia 1

Misteri Okiku, Anak Patung Jepun Yang Rambutnya Memanjang Seperti Manusia 2

Sebenarnya barang yang didiami (possessed) oleh satu-satu entiti bukan satu benda baru pun. Barang-barang yang didiami entiti ni biasanya ada sejarah yang tersendiri atau dipuja oleh orang tertentu untuk entiti ‘mendiami’ barang tersebut.

Ada banyak yang kita tahu sebelum ni yang popular macam Anabelle, Chucky (fiksyen) dan yang viral sekarang adalah kotak Dybbuk. Kenapa nama dia Dybbuk?

Sebab Dybbuk tu sebenarnya nama hantu Yahudi atau boleh dikatakan sebagai roh orang mati yang tidak mahu pergi dengan aman lepas orang itu mati. Dybbuk ni biasanya jahatlah.

Sebab tu siapa yang kena kacau dengan Dybbuk ni memang teruk juga. Tetapi Dybbux ini pun sekadar rekaan sahaja dan anda boleh baca lanjut tentang kotak Dybbuk ini di sini.

Tetapi di Jepun ada juga barang yang didiami oleh entiti seperti ini dan salah satu yang popular adalah Okiku.

Okiku ni adalah anak patung sebenarnya. Berpakaian kimono, patung Okiku dibeli oleh seorang remaja bernama Eikichi Suzuki di sebuah kedai di Hokkaido pada tahun 1918. Eikichi kemudiannya hadiahkan patung ni pada adik dia, yang berumur 2 tahun masa itu.

Sebenarnya nama adik dia yang Okiku, tapi dia namakan patung tu Okiku jugak sebab adik dia sayang sangat pada patung ini, ibarat macam kembarlah kiranya. Tapi lepas setahun, Okiku meninggal dunia kerana demam kuning. Lepas Okiku meninggal, patung itu disimpan di loteng atas rumah. Bermula dari situlah kejadian pelik mula terjadi.

okiku 4

Patung Okiku yang masih disimpan di sebuah kuil

Keluarga Eikichi mula dengar bunyi pelik- dari atas loteng. Bunyi berjalan, bunyi menghentak dan macam-macam lagi lah. Bunyi akan jadi lebih dahsyat bila menjelang hari jadi dan hari mati Okiku. Kadang-kadang ada masa patung Okiku berada di sebelah Eikichi bila bangun tidur. Scary juga kan?

Tapi paling memeranjatkan, rambut patung Okiku ini tumbuh makin panjang. Asalnya rambut dia pendek sahaja paras bahu, tetapi makin lama makin panjang sampai ke lutut. Keluarga Eikichi potong pun, akan tumbuh panjang jugak. Dikatakan lepas dikaji oleh pakar, rambut tersebut sama macam rambut budak.

Macam mana boleh jadi macam itu keluarga Eikichi sendiri bingung. Tapi keluarga Eikichi tetap jaga patung Okiku, Sebab mereka yakin ‘roh’ Okiku sebenarnya yang mendiami patung itu.

Pada tahun 1938, keluarga Eikichi mahu pindah keluar dari Hokkaido. Mereka tak sampai hati hendak bawa keluar patung Okiku, sebab kalau boleh mereka mahu bagi roh Okiku tinggal di tempat dia membesar. Jadi keluarga Eikichi tinggalkannya di Kuil Mannenji, Hokkaido minta sami yang jagakan patung Okiku. Sampailah sekarang.

Cuma bagi saya, semua ini tak lain tak bukan adalah ‘kerja’ makhluk Allah juga iaitu jin dan syaitan. Syaitan itu sendiri sudah bersumpah nak sesatkan manusia. Jadi berpada-padalah untuk percaya pada makhluk ghaib, jangan terlalu taksub. Bila terlalu taksub, benda itu sendiri boleh merosakkan akidah kita.

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya” (15:39). Wallahualam.

Ini pula artikel berkaitan asal usul Yakuza dan mengapa mereka ‘sah’ beroperasi di Jepun. Baca lagi pada pautan di bawah.

Asal Usul Nama Yakuza Dan Mengapa Mereka Tidak Boleh Diusik Di Jepun

Mengapa Nestlé Terpaksa Gantung Jualan Milo Di Jepun Sehingga Mac 2021

Disangka Miliki Semangat ‘Mistik’, Pencipta Dybbuk Box Jelaskan Perkara Sebenar




Misteri Okiku, Anak Patung Jepun Yang Rambutnya Memanjang Seperti Manusia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo