Infotainment

Mod ‘Auto-Pilot’ Dilarang Di Malaysia, PDRM Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Pasangan Singapura

Mod ‘Auto-Pilot’ Dilarang Di Malaysia, PDRM Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Pasangan Singapura
Mod 'Auto-Pilot' Dilarang Di Malaysia, PDRM Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Pasangan Singapura 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pada awal minggu ini orang ramai kagum melihat satu video TikTok yang tular di mana satu pasangan dari Singapura menggunakan mod sistem pemanduan sendiri (auto-pilot) pada kereta Tesla Model 3 yang dinaiki mereka semasa menuju ke Pulau Pinang.

Terbaharu, portal Guang Ming Daily melaporkan pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan larangan penggunaan auto-pilot di Malaysia. Pihak PDRM turut akan membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

@sgpikarchu

Crossed the custom within 45 minutes at midnight. Drove past KL, continuing up north! Go Tesla 🤓 #SgTeslaGoesMsia #EVboleh

♬ Vacation – Dirty Heads

Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Superintendan, Dr Bakri Zainal Abidin menjelaskan  walaupun Malaysia tidak menggubal peraturan berkaitan sistem bantuan pemanduan auto-pilot, sistem ini tidak membantu pemandu menumpukan perhatian sepenuhnya pada pemanduan.

“Ini mungkin akan menyebabkan pemandu kurang memberi perhatian kepada lalu lintas di sekeliling mereka, sebaliknya pemandu menghabiskan masa dengan perkara lain yang mengganggu fokus mereka, seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” terang beliau.

Tambahnya lagi, di bawah Akta Trafik Darat 1959 ada menyatakan bahawa pemandu perlulah memandu dengan baik, berhati-hati dan menumpukan perhatian.

Jadi setiap pemandu perlu sentiasa memberi perhatian di jalan raya walaupun semua kenderaan pada masa hadapan akan dilengkapi dengan fungsi pemanduan auto-pilot, supaya pemandu masih boleh mengelakkan kemalangan sekiranya sistem ini gagal berfungsi dengan baik.

Pemilik Tesla Singapura Kongsi Pengalaman Mengembara Ke Utara Malaysia Guna Mod ‘Auto-Pilot’

Dr Bakri memaklumkan bahawa sistem ‘bantuan pemanduan automatik’ Tesla termasuk ciri keselamatan dan kemudahan canggih, tetapi ia perlu dibeli secara berasingan, di mana pemilik yang membeli kereta melalui akaun Tesla, dia boleh memilih untuk membeli pakej sistem tambahan automatik atau sistem pemanduan automatik sepenuhnya (FSDC).

Jelas beliau lagi, sistem pemanduan yang disebutkan di atas membolehkan kereta Tesla memandu, memecut dan brek secara automatik di jalan raya, tetapi sistem ‘bantuan pemanduan automatik’ semasa masih memerlukan pengawasan pemandu dan bukanlah pemanduan auto-pilot sepenuhnya.

“Fungsi sistem auto-pilot pada kereta Tesla memang sangat membantu pemandu, tetapi ia tidak bermakna pemandu boleh melepaskan tangan sepenuhnya dari stereng dan menganggap bahawa sistem itu boleh mengawal kereta secara automatik dan selamat,” terang Dr Bakri lagi.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu seorang wanita nyaris tersepit di antara keretanya dan pengguna jalan raya lain apabila anak kecilnya menukar gear ‘reversed‘.

Wanita Ini Nyaris Tersepit Antara kereta Ketika Cuba Halang Anak Kecil ‘Reverse’ Kenderaan

Netizen Kecam Pemandu Swift Rempuh Beberapa Pengguna Jalan Raya Di Hadapan Sekolah


Mod 'Auto-Pilot' Dilarang Di Malaysia, PDRM Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Pasangan Singapura 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list