Artikel Terkini

Modric galas harapan besar Croatia

Modric galas harapan besar Croatia
Modric galas harapan besar Croatia 1

BIARPUN sudah menjengah usia 37 tahun, tetapi nama Luka Modric masih lagi relevan dalam kesebelasan utama Croatia menghadapi saingan Piala Dunia Qatar 2022 bermula 21 November ini.

Perancang tengah Real Madrid itu tetap menjadi nadi utama bahagian serangan The Blazers dalam setiap perlawanan antarabangsa termasuk layak ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah 2023.

Sudah tentu lebih 3.9 juta rakyat Croatia menagih sentuhan magis yang sama daripada Modric untuk mengulangi keajaiban dilakukan pasukan ranking ke-12 dunia itu pada edisi kali ini.

Ia tidak mustahil kerana bekas pemenang Ballon d’Or 2018 itu pernah memacu Croatia sehingga muncul naib juara Piala Dunia 2018 di Russia selepas tewas 2-4 kepada Perancis di perlawanan akhir.

Edisi kali ini juga menjadi aksi penutup tirai antarabangsa buat Modric dan beberapa tonggak veteran seperti Ivan Perisic dan Dejan Lovren yang sudah tentu mahu menamatkannya dengan penuh kemanisan.

Begitupun, Ketua Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic le­bih bersikap realistik dengan peluang pasukannya berbanding skuad ‘generasi emas’ edisi 2018 yang sudah ber­aksi bersama lebih daripada 10 tahun.

“Croatia tidak akan menempa kejayaan ini tanpa pemain-pemain senior seperti Modric, Perisic, Lovren dan Domagoj Vida. Saya tak beri tekanan kerana amat memahami situasi pemain.

“Cumanya , keyakinan kami pada tahap tertinggi berdasarkan pencapaian pada Liga Negara-Negara Eropah. Aksi pertama nanti akan menentukan segala-galanya,” kata Dalic.

Ia adalah penampilan kelima Croatia di pentas Piala Dunia dan diramal tiada masalah mara ke pusingan kalah mati daripada Kumpulan F yang turut dihuni Belgium, Kanada dan Maghribi.


Modric galas harapan besar Croatia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo