Infotainment

‘Mujur Ada Dashcam, Kalau Tidak Penunggang Motosikal Yang Akan Dipersalahkan’- Netizen

'Mujur Ada Dashcam, Kalau Tidak Penunggang Motosikal Yang Akan Dipersalahkan'- Netizen 2

Melanggar lampu isyarat dan tidak mengikut turutan ketika berada di simpang bukanlah pemandangan yang asing di negara kita.

Segalanya dianggap ‘okay’ dan ‘cool’ sebelum tindakan mereka ini akhirnya mengakibatkan kecelakaan kepada orang lain.

Seperti yang berlaku dalam perkongsian video tular di media sosial sejak semalam, apabila seorang pekerja penghantaran makanan FoodPanda menjadi mangsa kepada perbuatan melanggar lampu isyarat ini.

Menerusi perkongsian video yang dibuat di Facebook Info Roadblock JPJ / Polis itu, kejadian itu difahamkan berlaku di Persiaran Saujana Impian berhampiran Tesco Kajang.

p1

Kereta yang melanggar lampu isyarat dan datang dari arah bertentangan

Walaupun motosikal dan penunggang yang berada di barisan hadapan bergerak dengan perlahan kerana menyedari kehadiran kereta berkenaan, namun mangsa yang datang dari belakang tidak menyedari kelibat kereta berkenaan.

Sekaligus membuatkan beliau merempuh kereta yang melanggar lampu isyarat berkenaan sebelum terjatuh dan terlantar di atas jalan raya sejurus selepas perlanggaran tersebut.

Mujur ada ‘dashcam’

Tindakan kereta yang melanggar lampu isyarat sehingga menyebabkan kemalangan itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menonton rakaman berkenaan.

Rata-rata netizen berkata jika sebelum ini orang ramai menganggap motosikal sahaja yang melanggar lampu isyarat namun kejadian kali ini menunjukkan sebaliknya apabila kereta juga tidak terlepas daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Lepas ini harap persepsi semua rider bawak tak betul kat jalan raya dah berkurangan. Tak semua yang langgar lampu,segelintir saja.

“Mujur ada video dari dashcam, kalau tak confirm rider yang dipersalahkan,” antara komen yang ditinggalkan netizen di perkongsian berkenaan.

Rakaman dashcam kes kemalangan berlaku jam 7 petang tadi di Persiaran Saujana Impian berhampiran Tesco Kajang. *(Date camera owner dashcam belum setting)#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, November 9, 2020

Baca juga perkongsian kami mengenai kemalangan ‘paling mahal’ melibatkan jentera McLaren ini di pautan di bawah. 

Kemalangan Paling Mahal Melibatkan McLaren 720s Yang Berharga RM1.49 Juta Di Lebuh Raya MEX

Netizen Bengang ‘Geng Kereta Mahal’ Sebabkan Kemalangan Kerana Berlumba

Masuk Lorong Kecemasan Sesuka Hati Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Kereta Camry Telah Ditahan



'Mujur Ada Dashcam, Kalau Tidak Penunggang Motosikal Yang Akan Dipersalahkan'- Netizen 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo