Infotainment

Mulakan Hidup Baru Di Sweden, Sharifah Sakinah Akui Lebih Tenang

Mulakan Hidup Baru Di Sweden, Sharifah Sakinah Akui Lebih Tenang 2

Sekian lama menyepi, akhirnya pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan dia kini sudah selamat dan menjalani kehidupan baru di Sweden.

Sakinah berkata kehidupannya kini bertambah lebih baik dan dalam fasa menyesuaikan diri di negara berkenaan. Kata Sakinah lagi, dirinya kini rasa lebih tenang.

BACA: Bakal Pindah Ke Luar Negara, Sharifah Sakinah Menangis Mohon Maaf

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja di sini. Tak ada apa yang beza pun sangat, cuma sekarang rasa lebih tenang. Rasa selesa.

“Pada masa sama, rutin berpuasa saya di sini sama juga kalau di Malayisa, tak ada beza sangat. Tapi agak susah untuk cari makanan seperti di negara sendiri. Sekarang pun rindu nak makan rendang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah turut meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Anais Adha yang kini dijaga oleh bekas suaminya, Aliff Adha.

“Nak kata rindu Malaysia tu tak adalah sangat, cuma rindu dekat anak sahaja,” katanya.

Terdahulu, Sakinah mengikat tali pertunangan bersama jejaka Sweden, Michael Hansen. Sebelum ini, Sakinah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 namun bercerai pada Mei tahun lalu.



Mulakan Hidup Baru Di Sweden, Sharifah Sakinah Akui Lebih Tenang 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo