Artikel Terkini

‘Mummy (Rosmah) rindu Daddy’ – Nooryana Najwa Najib

‘Mummy (Rosmah) rindu Daddy’ – Nooryana Najwa Najib
'Mummy (Rosmah) rindu Daddy' - Nooryana Najwa Najib 1

PETALING JAYA – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Noorayana Najwa Najib berkongsi kisah sedih ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang melalui detik sukar selepas bapanya dipenjara.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya semalam, Nooryana berkata, dia cuba menemani Mummy (Rosmah) sebanyak mungkin.

Selain itu katanya, dia cubamengubati rindunya dengan kekosongan di rumah, adakalanya waktu tidur juga supaya katil di sebelah Mummy tidak rasa kosong sangat.

‘Daddy tidak ada di sisi kami, tidak di rumah lagi kini. Sempat mengambil gambar ini waktu Subuh tadi (semalam).

“Mummy seorang isteri yang sangat merindui suara, gelak tawa, keceriaan, suaminya di sisi,” coretnya di Instagram.

Nooryana berkata, Rosmah kini memikul tanggungjawab sebagai ketua rumah buat sementara waktu dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat dirinya.

Pada masa sama katanya, Rosmah juga seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya “di mana atuk?”.

“Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya.

“Dan sebagaimana saudara-saudari semua, mummy juga percaya bahawa DSN berhak mendapat keadilan dan mahukan keadilan penuh dan menyeluruh untuknya,”kata Nooryana.

Tambahnya, dia akan terus berusaha dan berdoa untuk kesihatan serta kebebasan Najib agar dapat ketenangan dan kedamaian di masa bapanya sudah berumur ketika ini.

Coretan Nooryana itu turut mengundang perasaan hiba dan pilu dalam kalangan pengikutnya yang turut bersedih atas nasib yang menimpa keluarga itu serta mereka berdoa agar Nooryana tabah dengan ujian tersebut.

“Sebaknya Ya Allah, sungguh kuat keluarga ini diaibkan, kau berikanlah keajaibanmu Ya Allah,” tulis Ayudania.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai sunarigati.

“Semoga tabah menghadapi dugaan dan dipermudahkan segala urusan DSNR, secepatnya boleh bebas,” katanya. -KOSMO! ONLINE


'Mummy (Rosmah) rindu Daddy' - Nooryana Najwa Najib 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list