Berita

MyDigital sasar tarik syarikat unikorn ke Malaysia

MyDigital sasar tarik syarikat unikorn ke Malaysia 2

Kuala Lumpur: Kerajaan meletakkan sasaran untuk menarik syarikat unikorn antarabangsa untuk beroperasi di Malaysia serta memangkin 5,000 syarikat permulaan dalam tempoh lima tahun melalui inisiatif MyDigital.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada sasaran yang ditetapkan di dalam Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia.

“Syarikat unikorn ini mampu membawa kesan limpahan luar biasa. Kita dapat membuka peluang pekerjaan baharu dan pekerjaan mahir berpendapatan tinggi,” katanya.

Menurutnya, apabila unikorn ini berfungsi dengan baik, ia juga menyumbang kepada aliran tunai dalam negara.

“Inisiatif ini juga akan menjadi titik tolak untuk menarik pelaburan baharu dalam sektor digital sebanyak RM70 bilion dari dalam dan luar negeri,” katanya dalam kenyataan mengenai 10 Soalan Tentang Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia, hari ini.

Istilah unikorn digunakan untuk entiti perniagaan baharu milik swasta yang memiliki nilai keseluruhan melebihi AS$1 bilion.

Sebagaimana haiwan unikorn yang dianggap mitos, ia turut menggambarkan kesukaran syarikat baharu untuk mencapai nilai sebesar AS$1 bilion suatu ketika dahulu, sehingga dianggap mitos dalam persaingan dunia korporat.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, antara perkara paling penting disasarkan oleh rangka tindakan ini adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk yang tinggal di bandar dan desa, meliputi generasi muda dan tua.

“Pandemik Covid-19 menyedarkan kita bahawa penerima gunaan teknologi digital yang berupaya membantu melindungi rakyat daripada risiko ekonomi digital, perlu disegerakan.

“Kita dijangka dapat melihat perubahan landskap ekonomi digital ke arah peningkatan literasi digital, kewujudan pekerjaan baharu dan berpendapatan tinggi, pengurusan perbankan dan kewangan yang lebih mudah dan teratur, akses yang lebih baik bagi pendidikan secara maya kepada anak-anak kita serta kemudahan mobilisasi perubatan ke pekan terpencil.

“Untuk menjalankan perniagaan pada zaman ini, tidak perlu lagi menyewa kedai, tetapi boleh berniaga secara digital saja; buka kedai dalam talian atau online di Facebook, Instagram atau WhatsApp saja.

“Seluruh rantaian bekalan ini dapat bergerak secara digital sepenuhnya,” katanya.

Katanya, rangka tindakan ini adalah untuk rakyat dan segala yang digariskan dalam dokumen ini memberi penekanan kepada nilai berpaksikan kemanusiaan, yang akan memanfaatkan semua, tidak kira masyarakat, perniagaan mahupun kerajaan.

MyDigital sasar tarik syarikat unikorn ke Malaysia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo