Infotainment

Nadia Brian Akui Suami Sudah Failkan Perceraian

Nadia Brian Akui Suami Sudah Failkan Perceraian 1

Nadia Brian Akui Suami Sudah Failkan Perceraian 2

Hangat diperkatakan mengenai pergolakan rumah tangga Nadia Brian beberapa bulan lalu, terbaru pelakon itu mengesahkan suaminya, Muizz Nasruddin sudah memfailkan kes perceraian mereka di mahkamah.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Nadia menerusi satu temu bual bersama program Melodi semalam. Nadia berkata lagi mereka kini menunggu tarikh perbicaraan daripada pihak mahkamah.

BACA: Nadia Brian Enggan Komen Dakwaan Curang Dengan Dua Lelaki

“Ya, dia sudah failkan perceraian dan kini tunggu tarikh untuk kami hadir ke mahkamah. Saya tahu ramai yang mencari sebelum ini untuk dapatkan kenyataan tentang isu sekarang.

“Minta maaf sebab tak dapat menjawab sebab saya pun sibuk dengan pengambaran drama. Status sekarang, pihak sana sudah failkan cuma mahkamah belum buka sebab pandemik Covid-19. Kemudian baru saja beroperasi semula pada 6 Disember lalu dan sekarang menunggu tarikh,” katanya.

Nadia Brian Akui Suami Sudah Failkan Perceraian 3

Sementara itu, menerusi satu entri di Instagram, Nadia berkata semua tuduhan yang dilemparkan sebelum ini adalah fitnah. Ujarnya, selama ini dia diamkan diri bukan kerana takut tetapi tidak mahu keruhkan keadaan.

“Kita tunggu mahkamah buka dan doakan semuanya dipermudahkan. Jika tiada bukti, semua tuduhan terhadap saya ialah fitnah. Selama ini saya diamkan diri bukan kerana takut tetapi tidak mahu keruhkan keadaan.

“Fitnah, kata-kata yang tidak baik kepada saya dan keluarga selama ini tak akan saya maafkan kecuali mereka datang sendiri memohon kemaafan,” katanya.

Nadia dan Muizz yang juga seorang ahli perniagaan mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019.



Nadia Brian Akui Suami Sudah Failkan Perceraian 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo