Infotainment

Nafi Guna Daging Babi Dalam Mee Kari, OLDTOWN Sedia Ambil Tindakan Buat Penuduh


Tular baru-baru ini apabila sebuah restoran berstatus halal dengan jumlah cawangan yang banyak sekitar Malaysia didakwa menggunakan daging babi dalam mee kari.

Penularan isu ini sekaligus membuatkan orang ramai terkejut apabila mengetahui bahawa restoran tersebut merupakan OLDTOWN White Coffee yang sememangnya popular dan menjadi pilihan ramai.

Dalam pada itu, segalanya terjawab pada hari ini apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahagian hab halal memaklumkan pihak mereka telah mengunjungi cawangan OLDTOWN White Coffee berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengesahkan bahawa dakwaan yang tular melalui video berkenaan adalah tidak benar.

Penjelasan Isu Status Halal Mi Kari OLDTOWN White CoffeeRamai pengguna di media sosial mula menularkan video yang…

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Thursday, November 12, 2020

Berdasarkan kenyataan yang dibuat pihak JAKIM, OLDTOWN White Coffee telah memuat naik sebuah kenyataan dimana pihak mereka sudah mulai memegang Sijil Pergesahan Halal (SPHM) sejak dari tahun 2010 lagi.

OLDTOWN White Coffee turut memaklumkan dimana mereka sentiasa menggunakan bahan yang halal dalam menyediakan setiap makanan dan minuman yang disajikan.

Meskipun sudah disahkan OLDTOWN White Coffee menggunakan bahan yang halal, para netizen nampaknya masih lagi berbincang mengenai isu di sebalik video yang tular serta isu melibatkan hukum dan sebagainya.

124501528_2312628902194459_665429492906135371_o (1)

Sumber: Facebook OLDTOWN White Coffee Malaysia

Sehubungan dengan itu, pihak OLDTOWN White Coffee telah menggesa orang ramai untuk hentikan perkongsian berita palsu yang mendakwa restoran ini menawarkan mee kari menggunakan daging babi. Selain itu, tindakan undang-undang bakal diambil terhadap individu-individu yang didapati membuat tuduhan palsu.

Ketahui isu ini dengan lebih lanjut selepas didakwa restoran ini menggunakan bahan tidak dalam halal dalam penyediaan mee kari.

Restoran Berstatus Halal Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari?

Lantai Kotor Dan Berkerak, Kilang Roti Ini Diarah Tutup Kerana Guna Sumber Air Dari Tandas





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo