Infotainment

Nafkah Tak Bagi, Duit Belanja Pun Suruh Minta Pak Mentua, Bila Minta Cerai Suami Kata ‘Talak Di Tangan Aku’

Nafkah Tak Bagi, Duit Belanja Pun Suruh Minta Pak Mentua, Bila Minta Cerai Suami Kata ‘Talak Di Tangan Aku’
Nafkah Tak Bagi, Duit Belanja Pun Suruh Minta Pak Mentua, Bila Minta Cerai Suami Kata 'Talak Di Tangan Aku' 1

Kini Trending

Nafkah Tak Bagi, Duit Belanja Pun Suruh Minta Pak Mentua, Bila Minta Cerai Suami Kata 'Talak Di Tangan Aku' 2

Sekadar gambar hiasan

Seorang Peguam Syarie, Amalina Adam menerusi satu perkongsian di Facebook menceritakan tentang kisah seorang suami yang dikatakan malas bekerja dan langsung tidak menghiraukan kebajikan si isteri.

Nafkah Tak Bagi, Duit Belanja Pun Suruh Minta Pak Mentua, Bila Minta Cerai Suami Kata 'Talak Di Tangan Aku' 4

Sekadar gambar hiasan

Kisah ini bermula beberapa bulan selepas pasangan ini mendirikan rumah tangga. Difahamkan sebelum berkahwin, si suami seorang yang sangat rajin bekerja seperti menjadi pemandu bas sekolah manakala di sebelah petang pula, dia bekerja sebagai penjual burger. Namun, sikap rajinnya itu hanya bertahan sekejap sahaja. Selepas berkahwin, lelaki ini menjadi semakin malas bekerja.

Suaminya hanya bekerja di sebelah pagi sahaja, itu pun sebab suaminya bekerja dengan agensi sebuah syarikat. Apabila isteri bertanya “kenapa tidak lagi bekerja menjual burger?” suami menjawab “Penat. Tak Sempat nak urus jualan burger.”

Enam bulan selepas bernikah, si isteri yang juga bekerja sebagai pembantu kafe disahkan hamil. Tak dinafikan, sejak daripada itu, banyak wang yang diperlukan untuk membuat persiapan termasuklah mencari rumah sewa.

Nafkah Tak Bagi, Duit Belanja Pun Suruh Minta Pak Mentua, Bila Minta Cerai Suami Kata 'Talak Di Tangan Aku' 6

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, selepas berkahwin, wanita ini tinggal di rumah keluarga mentuanya. Meskipun sudah berkali-kali dia mengajak suaminya berpindah, namun lelaki itu enggan keluar dengan alasan mereka tidak mampu menyewa rumah lain.

Isteri pergi klinik pun seorang diri untuk checkup. Apabila kandungan berusia lima bulan, suami dibuang kerja disebabkan selalu sangat bagi alasan untuk cuti.

Sejak daripada itu, segala perbelanjaan ditanggung oleh bapa mentua. Setiap kali apabila wanita ini meminta wang, si suami akan menyuruhnya meminta kepada bapa mentuanya.

Bapa mentua mula bising, sebab suami asyik minta duit dekat bapanya sampailah si isteri ini terdengar perbualan mentuanya “Kesian dekat isteri mat (bukan nama sebenar). Semua diuruskan sendiri dengan gaji tak seberapa. Kita hantar sajala isteri mat tu ke rumah besan kita. Mat bukan peduli pun”.

Nafkah Tak Bagi, Duit Belanja Pun Suruh Minta Pak Mentua, Bila Minta Cerai Suami Kata 'Talak Di Tangan Aku' 8

Sekadar gambar hiasan

Wanita ini yang sedang sarat hamil ini telah dihantar pulang ke pangkuan keluarganya. Sejak berpindah keluar dari rumah keluarga mentua, si suami langsung tidak bertanyakan khabar apatah melawatnya di hospital ketika bersalin.

Kini anak berusia 8 bulan, sekalipun suami tak datang ziarah atau ajak isteri pulang ke rumah. Semua diuruskan oleh ibu bapa suami termasuklah kelengkapan anak seperti pampers, susu, pakaian pun disara oleh bapa suami dan keluarga isteri.

Bapa mentua memaklumkan kepada isteri, suami masih tidak bekerja dan hanya melepak di rumah rakannya sehingga lewat pagi. Itu sahaja rutin harian suami.

Berikutan daripada itu, si isteri membuat keputusan untuk memfailkan penceraian tetapi si suami tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang tempoh prosiding kes. Malah dokumen yang diberikan ke tangan suami pun dikeronyok dengan bangganya sambil berkata “Talak di tangan aku”.

Sumber: Peguam Syarie: Amalina Adam


Nafkah Tak Bagi, Duit Belanja Pun Suruh Minta Pak Mentua, Bila Minta Cerai Suami Kata 'Talak Di Tangan Aku' 10

The following two tabs change content below.


Nafkah Tak Bagi, Duit Belanja Pun Suruh Minta Pak Mentua, Bila Minta Cerai Suami Kata 'Talak Di Tangan Aku' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo