Berita

Naik teksi udara ke lapangan terbang

Naik teksi udara ke lapangan terbang 2

Seoul: Korea Selatan sudah menguji perkhidmatan teksi udara tanpa pemandu di ibu negaranya buat pertama kali, baru-baru ini.

The Korea Times melaporkan, kenderaan itu dilengkapi dua tempat duduk elektrik yang boleh menampung muatan 650 kilogram (kg) serta boleh terbang dengan kelajuan 130 kilometer (KM) sejam.

Ia diuji menggunakan dron Ehang 216, buatan syarikat teksi udara tanpa juruterbang China, Ehang yang berjaya menguji kenderaan dengan beg beras 70 kg, pada awal April lalu.

Program teksi dron adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan Korea Selatan.

Matlamatnya adalah melancarkan penyelesaian mobiliti udara bandar (UAM) seperti penghantaran dron dan perkhidmatan teksi pada tahun 2025

Ia sebagai usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan darat serta menjamin pertumbuhan masa depan.

Ketika ini, republik itu sedang melakukan proses pengembangan sistem pengurusan lalu lintas teksi udara dengan teliti membincangkan kadar tambangnya.

Selepas dikomersialkan kelak, perkhidmatan itu dijangka membolehkan pengguna dari Yeouido ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dalam masa 20 minit berbanding 45 minit jika menaiki teksi.

Naik teksi udara ke lapangan terbang 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo