Berita

Naim Daniel kemalangan | Harian Metro

Naim Daniel kemalangan | Harian Metro 1

Naim Daniel kemalangan | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Penyanyi Naim Daniel, 23, berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Naim cedera ringan di rahang dan gusi apabila kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. 

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari rumahnya di Semenyih ke Petaling Jaya bersama kakaknya.

“Kami dalam perjalanan ke Sri Pentas, Bandar Utama bagi menjayakan rakaman program hiburan di sana. Tak sangka pula boleh terbabit dalam kemalangan. Tak mengapalah, ini rezeki saya,” katanya. 

Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu mengalami kerosakan teruk apabila remuk di bahagian kanan depan, tayar pecah dan cermin hadapan retak.

Terdahulu, penyanyi lagu Sembah itu berkongsi video di Instagram Story memaklumkan kejadian terbabit. Dia turut memuat naik keadaan keretanya yang rosak teruk pada bahagian hadapan.

Naim bagaimanapun segera menyelesaikan urusan kemalangan itu dengan pihak insuran. Dia turut mengambil barangan berharga dalam keretanya sebelum ditunda.

Naim Daniel kemalangan | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo