Artikel Terkini

Nak Bina Atau Ubah Suai Pagar Perlu Kebenaran Jiran, Ni Caranya

Nak Bina Atau Ubah Suai Pagar Perlu Kebenaran Jiran, Ni Caranya
Nak Bina Atau Ubah Suai Pagar Perlu Kebenaran Jiran, Ni Caranya 1

Banyak dah kes Impiana tengok dalam media sosial pergaduhan antara jiran disebabkan ubah suai pagar je. Benda kecil, kenapa perlu tarik muka sesama jiran? Yang nak ubah suai pagar tu pun, bukan boleh sebarangan buat ye. Ada undang-undang yang perlu anda patuhi.

Melangsir dari blogspot Tips ubahsuai rumah, berikut cara-cara memohon kebenaran bina atau ubahsuai pagar rumah. Namun, undang-undang dan syarat ubah suai bergantung pada pihak berkuasa tempatan masing-masing.

Baca juga: Ini 10 Jenis Pokok Mudah Hidup Yang Sesuai Ditanam Sebagai Pagaran

1. Sediakan surat permohonan membina pagar baru ke MBSA
Untuk kemudahan anda, saya telah sediakan contoh surat permohonan membina pagar baru dalam bentuk fail pdf, anda boleh download contoh surat DISINI. Semak contoh surat tersebut & taip semula mengikut kesesuaian anda. Cetak 2 salinan surat ini & tandatangan kedua-duanyanya.

2. Sediakan gambar rumah sedia ada
Ambil gambar rumah anda & fokuskan kepada pagar rumah yang ingin anda bina semula. Sebaiknya ambil gambar depan/tepi/belakang jika rumah jenis lot tepi. Bagi rumah lot tengah anda hanya perlu ambil gambar depan+belakang rumah sahaja. Cetak gambar ini dalam kertas A4.

3. Isi borang permohonan permit letak bahan binaan MBSA
Sila download borang permohonan permit letak bahan binaan yang telah saya upload DISINI. Borang ini asalnya warna kuning cair, jadi anda perlu cetak borang ini atas kertas kuning @ fotostat atas kertas warna kuning cair. Borang ini boleh juga diambil di kaunter 1, Jabatan Bangunan tingkat 8 MBSA. Isi semua maklumat yang diminta dalam borang tersebut seperti;
– alamat rumah & nama pemilik rumah/pemohon serta nombor telefon anda
– tulis nama kontraktor yang akan membina pagar anda serta alamat syarikat kontraktor; jika anda sendiri yang membeli bahan binaan & mengupah pekerja serta mengawasi kerja pembinaan, tulis sahaja nama anda sebagai kontraktor & tandatangan borang tersebut

4. Isi borang permohonan sewaan tong roro
Sila download borang permohonan sewaan tong roro yang telah saya upload DISINI. Borang ini asalnya warna hijau cair, jadi anda perlu cetak borang ini atas kertas hijau @ fotostat atas kertas warna hijau cair. Borang ini boleh diambil di kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam di tingkat 4 MBSA. Isi semua maklumat yang diminta dalam borang tersebut seperti;
– nama pemilik rumah & nombor telefon
– tarikh memulakan kerja pembinaan pagar
– alamat lokasi pembinaan & alamat surat menyurat
– pilih jenis tong roro yang ingin disewa, biasanya pilih 1 unit tong roro bersaiz 3 tan

5. Surat kebenaran jiran
– Jika ubahsuai pagar baru melibatkan pagar sebelah yang dikongsi dengan jiran, anda perlu mendapatkan kebenaran ubahsuai pagar dari jiran sebelah kiri atau kanan.
DOWNLOAD SURAT DI SINI & minta jiran sebelah anda mengisi & tandatangan borang tersebut.

6. Submit surat permohonan & borang ke MBSA
Buat 2 salinan surat permohonan & sediakan kesemua borang serta gambar rumah dan kemukakan dokumen tersebut ke kaunter 1, tingkat 8 Jabatan Bangunan MBSA, Shah Alam. Simpan satu salinan surat permohonan yang telah di cop oleh mbsa untuk rujukan anda. Biasanya pegawai kaunter akan terima permohonan anda jika semuanya lengkap. Salinan surat ini anda perlu tunjukkan di kaunter sewaktu anda follow-up status permohonan di MBSA.Nak Bina Atau Ubah Suai Pagar Perlu Kebenaran Jiran, Ni Caranya 2

BILAKAH PERMOHONAN AKAN MENDAPAT JAWAPAN MBSA?

Selepas submit surat permohonan, MBSA akan beri tempoh 14 hari bekerja untuk memberi jawapan bersurat. Anda perlu follow-up dengan di MBSA seminggu sekali, jika bernasib baik MBSA akan keluarkan surat jawapan dalam tempoh kurang dari 14 hari. Dalam surat tersebut secara ringkasnya MBSA akan beri kebenaran untuk anda membina pagar dengan syarat membayar fee permit letak bahan binaan & fee sewa tong roro.

TIP: Kalau tak nak pening kepala urusan dokumentasi, sebaiknya lantik perunding bertauliah. 

Nak Bina Atau Ubah Suai Pagar Perlu Kebenaran Jiran, Ni Caranya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo