Artikel Terkini

Nak Kumpul Simpanan Kecemasan? Ini 4 ‘Baby Steps’ Untuk Anda Mula

Nak Kumpul Simpanan Kecemasan? Ini 4 ‘Baby Steps’ Untuk Anda Mula
Nak Kumpul Simpanan Kecemasan? Ini 4 'Baby Steps' Untuk Anda Mula 1

Dalam hidup ni, banyak benda yang kita tak boleh nak expect jadi, tiba-tiba jadi.

Bukan Tok nak minta benda bukan-bukan jadi ya, tapi kita tak boleh agak kalau tiba-tiba kita ditimpa kesusahan yang memerlukan kita keluarkan belanja yang banyak.

Macam mana kalau satu hari, kita terpaksa cari RM3,000 on the spot untuk satu insiden yang tak diduga, tapi dalam bank kita tu tak ada simpanan kecemasan langsung. Apa nak buat?

Kena ingat, langit tu tak selalu cerah. Jadi kat sini Tok nak kongsi intipati dari blog Money Peach ni untuk korang hadam dan boleh ikut untuk mula buat simpanan kecemasan tu.

Langkah #1: Kenal pasti sama ada perlu menyimpan untuk 3 atau 6 bulan

Ini soalan pertama yang wajib kita jawab sebelum mulakan simpanan dana kecemasan. Dan ia bergantung kat kapasiti kewangan kita setiap bulan.

Kalau kita ada kerja dan gaji yang stabil, buat simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan. Ini sebab kita tahu setiap akhir bulan, kita akan dapat gaji secara konsisten.

Lain pula kalau gaji kita berdasarkan komisyen. Kalau kita tergolong dalam kumpulan ini, buat simpanan untuk tempoh 6 bulan.

Dan kalau kita tergolong kat tengah-tengah (makan gaji dan komisyen), buat sekurang-kurangnya simpanan untuk tempoh 4 atau 5 bulan.

Tok kongsikan beberapa jenis profesion dan jenis dana simpanan kecemasan untuk rujukan kita:

  • Cikgu: Simpanan kecemasan untuk tempoh 3 bulan,
  • Ejen hartanah: Simpanan kecemasan untuk tempoh 6 bulan,
  • Jurutera: Simpanan kecemasan untuk tempoh 4 bulan,
  • Pendandan rambut: Simpanan kecemasan untuk tempoh 5 bulan,
  • Usahawan kecil-kecilan: Simpanan kecemasan untuk tempoh 6 bulan,
  • Jururawat: Simpanan kecemasan untuk tempoh 4 bulan,
  • Jurujual dan pemasaran: Simpanan kecemasan untuk tempoh 6 bulan.

Nota: Setiap simpanan kat atas ini hanya sekadar cadangan saja. Ia boleh kita sesuaikan mengikut kapasiti kewangan masing-masing.

Langkah #2: Tak perlu menyimpan duit sekaligus sebagai permulaan

Mungkin bila baca tajuk atas ini, ada yang akan cakap Tok tak betul. Teruskan bacaan untuk fahamkan maksud Tok yang sebenar ya.

Tak logik kalau kita kena menyimpan semua duit kita sekaligus sebagai permulaan. Sebab kita masih perlu gunakan duit untuk membeli makanan, isi minyak kereta, atau lain-lain perbelanjaan untuk menampung keperluan seharian kita.

Yang patut kita buat adalah elakkan makan kat restoran mahal, membeli-belah benda yang tak penting, dan tukar smartphone setiap kali model baru dijual.

Bermakna, kita masih kena gunakan duit untuk tanggung survival kita setiap hari sebelum gaji baru masuk dalam akaun. Dan untuk sesetengah orang, ia akan menelan belanja sekitar RM1,500 hingga RM3,000 (atau lebih), bergantung kat gaya hidup masing-masing.

Itu baru perbelanjaan untuk survival kita. Tak termasuk lagi dengan hutang-piutang yang kita kena jelaskan setiap bulan, pelaburan (seperti ASB atau lain-lain), simpanan dan sebagainya.

Jadi, mulakan simpanan dengan jumlah yang sikit dulu sebagai permulaan. Ia digelar dana kecemasan permulaan (Starter Emergency Fund).

Kat bawah ni, Tok sediakan garis panduan mengikut kapasiti gaji tahunan masing-masing:

  • Kurang daripada RM50,000: Simpan RM500 hingga RM1,000 sebagai permulaan,
  • RM50,000 hingga RM75,000: Simpan RM1,500 hingga RM3,000 sebagai permulaan,
  • RM75,000 ke atas: Simpan RM3,500 ke atas (tak ada had).

Kalau tak mampu nak simpan jumlah kat atas ini, mulakan dengan apa yang mampu dulu. Tak salah mulakan dengan yang sikit, daripada tak mula menyimpan langsung.

Nota: Lebih banyak kita boleh simpan, lagi bagus. Tapi, pastikan dulu ia tak beri kesan kat perbelanjaan asas kita dan simpanan lain. Kita boleh atasi masalah ni dengan buat bajet yang baik.

simpanan-kecemasan
Nak Kumpul Simpanan Kecemasan? Ini 4 'Baby Steps' Untuk Anda Mula 7

Langkah #3: Simpan duit kat tempat yang sepatutnya

Bila dah mula menyimpan, tiba pula masa kita pilih untuk letak simpanan itu kat tempat yang sepatutnya.

Tok cadangkan untuk simpan kat tempat yang selamat dan senang kita nak akses.

Kalau ada peti keselamatan, boleh simpan kat situ. Atau mungkin kita ada tempat tersembunyi yang orang lain tak tahu, pun boleh juga.

Paling selamat dah tentu simpan kat bank. Tapi, pastikan dulu bank itu dekat dengan rumah kita. Kita tak nak gunakan masa yang banyak untuk keluarkan simpanan itu kalau terjadi apa-apa, kan?

Dan tak lupa juga, pastikan kita simpan dalam satu akaun khas untuk dana kecemasan saja, dan elak campurkan simpanan ini dengan simpanan yang lain. Ini boleh elakkan kita tersilap belanja simpanan dana kecemasan yang ada.

Langkah #4: Elakkan fokus kat dana kecemasan 100% selagi hutang tak selesai

Selagi kita ada sebarang hutang seperti hutang kad kredit, pinjaman rumah, kereta dan sebagainya, elak tumpukan perhatian membina dana kecemasan secara keseluruhan.

Sebab apa Tok pesan macam ni?

Tak semua orang ada kapasiti dari segi tenaga mental dan fizikal untuk buat 2 perkara dalam satu masa. Dah tentu usaha ini akan memakan tenaga kita dengan banyak sekali.

Strategi terbaik adalah mula simpan sikit dulu, dan berusaha untuk selesaikan segala hutang-piutang yang ada. Gunakan strategi No.3 tadi sebagai permulaan, dan tak usah tergopoh-gapah membina dana ini.

Bila dah selesaikan segala hutang, baru boleh kita tumpukan 100% perhatian membina dana ini. Simpanan ini akan lebih cepat berkembang lepas kita berjaya langsaikan semua hutang.

Dah habis khatam dah? Bagus, tahniah Tok ucapkan kat korang.

Tapi sebelum kita tutup buku, Tok nak pesan satu lagi benda penting ni. Bila dah ada simpanan kecemasan, kita kena belajar untuk bezakan hal kecemasan; yakni bila nak guna dana ni.

Contohnya, Dewa 19 datang buat konsert kat Malaysia tu bukan satu kecemasan. Handbag dijual dengan diskaun 70% pun bukannnn satu kecemasan.

Kalau ada adik beradik kita tiba-tiba accident (minta dijauhkan) dan perlu pakai modal untuk rawat, itu baru dikira kecemasan.

Lagi satu, kena berhentilah sedapkan hati sendiri dan cipta alasan tak munasabah semata-mata nak guna simpanan kecemasan ni. Jangan nanti bila betul-betul nak guna, dana tu habis ke benda yang tak perlu pula.

Jadi, kat sini Tok nak ucap semoga korang istiqomah dan berjaya simpan lebih sikit duit korang tu. Semoga dipermudahkan urusan korang.

Kalau korang nak belajar lebih lagi berkenaan kewangan atau pengurusan hartanah, Tok nak jemputkorang join webinar saudara Faizul Ridzuan ni. Kat sini banyak ilmu mahal yang diorang akan kongsi nanti.

Kalau minat, klik je gambar di bawah untuk daftar percuma, okay?

POSTER SUNDAY SESSION 3 930X180 6
Nak Kumpul Simpanan Kecemasan? Ini 4 'Baby Steps' Untuk Anda Mula 8

Nak Kumpul Simpanan Kecemasan? Ini 4 'Baby Steps' Untuk Anda Mula 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list