Artikel Terkini

Nak Tanam Pokok Buah Dalam Pasu? Ini 5 Perkara Penting Wajib Tahu

Nak Tanam Pokok Buah Dalam Pasu? Ini 5 Perkara Penting Wajib Tahu
Nak Tanam Pokok Buah Dalam Pasu? Ini 5 Perkara Penting Wajib Tahu 1

PILIH PASU YANG BERSESUAIAN UNTUK POKOK

Terdapat pelbagai pilihan gaya, bentuk, saiz dan warna pasu di pasaran. Namun untuk pasu yang bakal digunakan untuk menanam pokok perlulah bersesuaian dengan persekitaran dan mengikut kondisi pokok. Oleh itu, kenal pasti ukuran matang pokok serta saiz ruang yang akan diletakkan pasu tersebut. Ini penting untuk memastikan pasu yang dipilih mampu menampung saiz pokok dan ruang yang disediakan adalah mencukupi. Pasu yang telah dipilih haruslah lebih lebar dari saiz root ball pokok semasa membelinya supaya akar mudah bergerak dan dalam masa yang sama pokok yang ditanam cepat stabil dan matang.

MEDIUM TANAMAN (TANAH)

Medium tanaman atau tanah merupakan faktor utama yang akan menentukan kualiti perkembangan pokok yang ditanam. Medium yang digunakan perlulah mempunyai struktur saliran dan udara yang baik serta mampu mengekalkan kelembapan. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan tanah yang diambil di sekitar laman untuk dijadikan sebagai medium tanaman berpasu. Dikhuatiri tanah tersebut tidak mempunyai struktur udara dan saliran yang baik hingga boleh menyebabkan air bertakung dan akan mengancam pokok. Di samping itu juga, ia mengandungi kandungan benih rumpai dan serangga yang tinggi.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama tanah kompos siap proses di pasaran. Kenal pasti keperluan nutrien pokok dan semak kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan medium pada pembungkus. Penjagaan pokok yang ditanam di dalam pasu dengan terus di atas tanah amat berbeza. Medium tanaman berpasu lebih cepat untuk menjadi kering. Oleh itu, ia memerlukan penyiraman yang kerap untuk memastikan tanahnya kekal lembap dan subur untuk membekalkan keperluan nutrien optimum pada pokok. Selain itu juga, pembajaan berkala perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

PEMBAJAAN DAN PENYIRAMAN

Untuk pokok jenis berbuah dan berbunga, pembajaan berkala perlu dilakukan untuk memastikan pokok yang ditanam produktif. Pembajaan perlu dilakukan 2 minggu sekali atau sekurang-kurangnya sekali setiap bulan. Anda digalakkan untuk menggunakan baja dari jenis slow-release seperti osmocote kerana ia membantu membekalkan keperluan makanan secara perlahan-lahan dalam satu tempoh masa yang lama. Periksa label dan kandungan bahan yang terdapat di dalam baja untuk memastikan food plant yang dibeli mengikut keperluan pokok.

Pastikan tanah mempunyai struktur saliran yang baik untuk mengelakkan dari berlakunya water log (air bertakung). Waktu yang sesuai untuk melakukan penyiraman adalah apabila medium kelihatan kering. Bagaimana untuk memastikannya? Periksa permukaan tanah, jika teksturnya peroi dan kering itu adalah masa yang ideal untuk melakukan penyiraman. Lakukan penyiraman terus pada permukaan tanah untuk memastikan medium mendapat keperluan air sepenuhnya.

Penyiraman perlu dikurangkan untuk pokok jenis berbuah kerana ia akan menyebabkan buah yang dihasilkan kurang manis. Begitu juga untuk jenis pokok yang berbunga. Ia akan menjadi salah satu faktor menyebabkan bunga tidak boleh bertahan lama dan ada kalanya akan mula gugur di peringkat putik.

 

PEMANGKASAN POKOK DAN AKAR

Pemangkasan pokok dapat membantu mengawal saiz dan bentuk pokok yang dikehendaki. Di samping itu juga, ia dapat membantu mempertingkatkan produktiviti pokok tersebut. Waktu ideal untuk melakukan pemangkasan adalah selepas pokok habis berbunga atau berbuah. Namun untuk tumbuhan jenis foliage, pemangkasan dilakukan jika perlu sahaja terutamanya untuk mengawal saiz pokok.

Selain dari itu, waktu ideal untuk melakukan pemangkasan adalah selepas proses pemasuan semula (repotting) dilakukan. Ia perlu untuk memastikan pokok stabil dalam kadar segera dan mengurangkan risiko pokok mati selepas pemasuan semula dilakukan. Ketika melakukan pemasuan semula (repotting), buang 1 sehingga 2 inci akar yang terdapat di sekeliling root ball secara vertikal tanpa merosakkan akar tunjang dengan menggunakan trowel yang tajam. Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada akar baru berkembang.

 

Nak Tanam Pokok Buah Dalam Pasu? Ini 5 Perkara Penting Wajib Tahu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo