Artikel Terkini

Nak Tandas Sentiasa Bersih, Wajib Lakukan 10 Perkara Ni

Nak Tandas Sentiasa Bersih, Wajib Lakukan 10 Perkara Ni 1

Nak Tandas Sentiasa Bersih, Wajib Lakukan 10 Perkara Ni 2

Kebersihan tandas, mencerminkan keperibadian pemilik. Ye lah, tempat kita mencucuikan diri, takkan lah dalam keadaan kotor kan. Namun kebanyakkan kita mengambil ringan akan kebersihan tandas. Untuk memastikan tandas dalam keadaan bersih, lakukan 10 perkara ini:

1. Lepas guna, bersihkan sinki sepenuhnya. Jangan biar ada sisa-sisa ubat gigi atau sabun. Sebaiknya, sediakan satu berus kecil berhampiran sinki untuk memudahkan anda menyental permukaan sinki

2. Buat “deap clean” sekurang-kurangnya seminggu sekali. Gunakan sabun dan sental celah-celah jubin

3. Jangan himpun botol syampu, sabun, pencuci muka dan sebagai banyak-banyak. Hanya paparkan botol-botol yang digunakan. Jika tidak nanti, anda sendiri keliru nak guna yang mana

4. Sediakan satu batang penyapu atau berus lantai. Nanti setiap kali selepas mandi boleh lah ringan-ringan kan tangan untuk menggosok lantai

5. Sangkut berus jamban selepas digunakan atau beli berus jamban yang lengkap dengan tempat letak.

6. Buang berus gigi yang tidak digunakan. Tak perlu disimpan banyak-banyak kerana ia akan menyababkan bilik air nampak semak

7. Elak cermin nampak bercapuk, pastikan ia di lap dengan kain kering setiap kali selesai menggunakan bilik air.

8. Pastikan lantai bilik air bersih tanpa barang yang bergelimpangan. Lagi pun barang, barang yang bersepah dilantai bilik air mengundang bahaya

9. Periksa bahagian siling dan sudut-sudut, pastikan tiada sawang atau sarang laba-labah. Nanti sera pula bilik air lebih-lebih lagi bila dilihat tetamu yang hadir

10. Elak letak barang yang diperbuat dari fabrik kain seperti tuala di ddalam bilik air. Ia akan menjadi tempat terbaik pembiakkan bakteria. Jika terus dibiarkan fabrik akan bertahi lalat atau berlumut

Nak Tandas Sentiasa Bersih, Wajib Lakukan 10 Perkara Ni 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link