Infotainment

Nama ‘KJ’ Disebut Antara Penerima Dana Politik UKSB

Nama ‘KJ’ Disebut Antara Penerima Dana Politik UKSB
Nama 'KJ' Disebut Antara Penerima Dana Politik UKSB 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa tanda nama ‘KJ’ turut berada dalam lejar milik Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang mengandungi laporan pembayaran wang tunai berjumlah ribuan ringgit yang di buat ke atas beberapa individu berprofil tinggi, lapor Malay Mail dalam kes rasuah sistem visa asing (VLN) membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu didedahkan semasa pemeriksaan balas terhadap bekas pengarah UKSB Harry Lee Vui Khiun, yang juga saksi ke-15 pihak pendakwaan. Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Lee ditanya mengenai catatan nama dalam lejar — digelar buku tiga lima — milik UKSB.

Difahamkan bahawa terdapat nama dengan tanda ‘KJ’ di dalam lejar akaun tersebut dan Lee diminta untuk mengesahkan bahawa tanda nama ‘KJ’ tersebut merujuk kepada orang lain ataupun Khairy Jamalauddin yang merupakan Menteri Kesihatan pada masa ini.

Zaidi juga bertanya sama ada Lee tahu bahawa pengarah UKSB Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani adalah rakan rapat Khairy dan kedua-dua mereka pernah bekerja bersama pada masa lalu.

Lee dalam jawapan balas memberitahu Zaidi bahawa beliau tidak pasti apakah hubungan di antara ‘KJ’ dan Wan, namun beliau pernah diberitahu oleh Wan bahawa mereka mengenali ‘KJ’ dengan rapat. Bagaimanapun, ketika diminta mengesahkan bahawa ‘KJ’ yang dimaksudkan di dalam lejar itu adalah Khairy Jamaluddin, Lee menjawab bahawa beliau tidak pasti ia merujuk kepada siapa.

Zaidi turut bertanya kepada Lee adakah wang yang diberikan itu diandaikan sebagai dana politik kerana ‘KJ’ tiada kaitan dengan perniagaan UKSB. Lee menjawab bahawa, “Saya boleh andaikan sedemikian”.

Sebelum ini, The Vocket melaporkan Lee yang juga bekas pengarah UKSB mengesahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa pihaknya ada menghantar wang tunai kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN) sebanyak SG$200,000 (RM633,801) bermula akhir tahun 2014 dan kemudiannya jumlah itu meningkat kepada SG$520,000 (RM1,647,613) sebulan pada 2017.

Menurut Awani, Zahid Hamidi, yang kini berusia 69 tahun berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Pengarah syarikat mengaku beri ‘suapan’ sehingga RM1.6 juta sebulan kepada Zahid Hamidi. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pengarah Syarikat Mengaku Beri ‘Suapan’ Sehingga RM1.6 Juta Sebulan Kepada Zahid Hamidi

Senarai Pendakwaan Yang Dikenakan Ke Atas Zahid Hamidi Melibatkan Rasuah Bernilai RM21.5 Juta

Pandora Papers Dakwa 10 Rakyat Malaysia Simpan Kekayaan Di Luar Negara, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu


Nama 'KJ' Disebut Antara Penerima Dana Politik UKSB 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list