Infotainment

Nampak ‘Oyen’ Lepak Atas Ferrari, Lelaki Ini Ambil Peluang Buat Sesi Bergambar Dengannya

Nampak ‘Oyen’ Lepak Atas Ferrari, Lelaki Ini Ambil Peluang Buat Sesi Bergambar Dengannya
Nampak 'Oyen' Lepak Atas Ferrari, Lelaki Ini Ambil Peluang Buat Sesi Bergambar Dengannya 1

Setiap kali ternampak perkataan ‘Oyen’, automatik kita akan terus teringat pelbagai ‘perangai suka cari pasal’ kucing berwarna oren itu tidak kira sama ada dalam atau luar negara. Ada sahaja aksi kucing itu yang membuatkan kita rasa geram, pada masa sama berasa geli hati apabila ulang tayang rakaman video-video berkenaan.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini beberapa keping gambar ‘Oyen’ telah mencuri perhatian pengguna Facebook apabila kucing itu dengan selamba duduk melepak di ruang ‘S-Duct’ (satu ruangan terbuka pada bahagian hud hadapan) sebuah Ferrari F8 Tributo.

Menurut pemilik akaun Facebook Timothy Dat StickerGuy, pada pukul sekitar pukul 1 pagi dia ternampak dua ekor kucing sedang bermain-main di hadapan Ferrari tersebut. Melihat telatah kucing-kucing yang ‘selamba’, dia pun ambil kesempatan untuk buat sesi ‘photoshoot‘ bersama ‘Oyen’ itu.

Hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 46,000 kali perkongsian oleh pengguna Facebook dari pelbagai negara. Ramai yang terhibur melihat pose yang dibuat oleh kucing itu. Seolah-olah tahu ada orang sedang merakam gambarnya.

Nampak 'Oyen' Lepak Atas Ferrari, Lelaki Ini Ambil Peluang Buat Sesi Bergambar Dengannya 3
Sumber Gambar: Instagram @vocketcarclub
Nampak 'Oyen' Lepak Atas Ferrari, Lelaki Ini Ambil Peluang Buat Sesi Bergambar Dengannya 4
Sumber Gambar: Instagram @vocketcarclub
Nampak 'Oyen' Lepak Atas Ferrari, Lelaki Ini Ambil Peluang Buat Sesi Bergambar Dengannya 5
Sumber Gambar: Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion

Untuk makluman, kereta Ferrari berharga RM1.08 juta ini mempunyai ruangan terbuka pada bahagian hud hadapan untuk menambahbaik downforce sebanyak 15% berbanding model 488 GTB. Anda boleh lihat penjelasan penuh di sini dan video ini.

Sementara itu, anda boleh lihat gambar di bawah salah seekor ‘Oyen’ terperosok masuk ke dalam ruangan S-Duct tersebut. Mungkin ‘Oyen’ ingat itu ruang untuk main gelongsor agaknya.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Nampak 'Oyen' Lepak Atas Ferrari, Lelaki Ini Ambil Peluang Buat Sesi Bergambar Dengannya 6
Sumber Gambar: Facebook Timothy Dat StickerGuy


Nampak 'Oyen' Lepak Atas Ferrari, Lelaki Ini Ambil Peluang Buat Sesi Bergambar Dengannya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list