Berita

Nanah dalam kelopak mata | Harian Metro

Nanah dalam kelopak mata | Harian Metro 1

Nanah dalam kelopak mata | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Penyanyi Sarah Suhairi, 20, berhadapan dugaan tahun baharu apabila mengalami jangkitan kuman pada mata sebelah kanannya, semalam.

Sarah ketika dihubungi berkata, jangkitan kuman di mata itu dialaminya mungkin berpunca daripada solekan. 

“Ketika pemeriksaan doktor, didapati ada benjolan dalam kelopak mata kanan disebabkan kelenjar berminyak tersumbat. Malah, nanah yang ada di dalam kelopak mata itu perlu dibuang.

“Insya Allah, dalam tempoh satu ke dua minggu, doktor kata akan baik. Sekarang, saya perlu berehat seketika dan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram yang dibuat Sarah mengenai kesakitan dialami itu, kebanyakan warganet mendoakan juara Big Stage musim pertama berkenaan segera sembuh.

Sarah juga banyak mendapat kata-kata semangat daripada peminatnya yang bersimpati. Kebanyakan menyifatkan Sarah tabah dan cekal menghadapi dugaan itu meski di awal tahun baharu 2021.

Bagi perkembangan karier nyanyiannya, Sarah baharu muncul dengan lagu duet berjudul Entah Apa berganding dengan vokalis Drama Band, Aepul Roza sekitar dua bulan lalu. Lagu itu juga menjadi OST drama Ryan Aralyn di TV3.

Tidak hanya itu, Sarah juga sudah mula mengembangkan bakat seninya dalam bidang pengacaraan sebagai hos program hiburan M Pop di TV3 sejak Oktober lalu. Selain, Sarah juga berjinak-jinak dalam berlakon.

Nanah dalam kelopak mata | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo