Infotainment

“Nasib Baik Bukan Tangga Tiga Terbawah, Kalau Tak Saya Frust Teruk!” – Mus May Akui Cliff Umar Layak Jadi Juara GV7

"Nasib Baik Bukan Tangga Tiga Terbawah, Kalau Tak Saya Frust Teruk!" – Mus May Akui Cliff Umar Layak Jadi Juara GV7 1

"Nasib Baik Bukan Tangga Tiga Terbawah, Kalau Tak Saya Frust Teruk!" – Mus May Akui Cliff Umar Layak Jadi Juara GV7 2

Penyanyi rock lagenda, Mus May mengakui bahawa Cliff Umar sememangnya layak menggondol gelaran juara pada malam akhir program Gegar Vaganza musim ke-7 yang baru sahaja melabuhkan tirai, baru-baru ini.

"Nasib Baik Bukan Tangga Tiga Terbawah, Kalau Tak Saya Frust Teruk!" – Mus May Akui Cliff Umar Layak Jadi Juara GV7 3Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 52,berkata bahawa vokalis kumpulan muzik Projek Pistol itu layak menjadi juara kerana telah memberikan persembahan terbaik dan cemerlang pada malam final itu.

Secara berseloroh, Mus mengatakan dia sudah berlapang dada kerana memperoleh tempat kedua asalkan tidak berada dalam tangga ketiga ke bawah.

“Tipulah kalau saya tidak simpan impian nak menang nombor satu, tapi bila dah tinggal saya berdua di atas pentas bersama Cliff, saya dah kata dalam hati, kalau kalah pun tak apa, sebab dia memang layak menang. Nasib baik saya tak dapat nombor belakang sangat, kalau tidak mungkin saya frust teruk!”

Mus yang ditemui media sempat memohon maaf kepada peminat yang menginginkan dia merangkul gelaran juara pada malam itu meskipun dia telah mencuba sehabis baik.

Dia yang memperoleh gelaran naib juara telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi program.

Ketika ditanyakan tentang wang kemenangan, Mus berkata dia akan menyimpan duit tersebut memandangkan situasi ekonomi negara yang makin meruncing akibat pandemik COVID-19.

“Dalam keadaan negara dilanda wabak, tidak mahu saya belanja sesuka hati wang kemenangan. Sebaliknya saya akan simpan sebab kita tidak pasti apa akan jadi pada masa akan datang.”- Mus May



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



"Nasib Baik Bukan Tangga Tiga Terbawah, Kalau Tak Saya Frust Teruk!" – Mus May Akui Cliff Umar Layak Jadi Juara GV7 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo