Infotainment

Neelofa Tak Rindu Kehidupan Glamour, Hati Kini Rasa Lapang

Neelofa Tak Rindu Kehidupan Glamour, Hati Kini Rasa Lapang
Neelofa Tak Rindu Kehidupan Glamour, Hati Kini Rasa Lapang 1

Penghijrahan selebriti popular, Noor Neelofa sememangnya menjadi inspirasi buat mereka diluar sana yang mahu berubah ke arah lebih baik.

Baru-baru ini, Neelofa sempat menjawab soalan mengenai penghijrahan yang dilakukan selama dua tahun ini ketika menjadi tetamu program Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

BACA: Neelofa Tak Mahu Tampil Berdua Dengan Artis Lelaki Dalam Program TV

Memetik mStar Online, Neelofa berkata dia tidak rindukan kehidupan lamanya sebagai selebriti ternama serta hatinya kini lebih lapang dengan perubahan yang dilakukan.

“Ada orang tanya, mesti kau rindu apa kau buat dulu. Mesti rindu nak sibuk dan terkenal macam dulu, kan? Sebenarnya saya rasa macam bahagian saya sudah selesai.

“Alhamdulillah saya dah move on. Saya rasa apa yang Allah bagi sekarang adalah hati yang lapang dan sentiasa terasa penuh. Saya juga tidak lagi terkejar-kejar macam dulu. Alhamdulillah syukur Minta-minta Allah tidak tarik perasaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa meluahkan rasa syukur susunan Allah terhadap hidupnya sangat cantik. Ujarnya, jika dia masih lagi aktif pasti tidak dapat beri tumpuan sepenuhnya kepada suami dan anak.

“Beberapa hari lepas saya muncul sebagai tetamu program MeleTop untuk mempromosikan program Next To Neelofa, dekat sana saya terfikir cantik sungguh susunan Allah.

“Lapan tahun, setiap minggu saya berada di studio sama menjadi pengacara rancangan tersebut tapi untuk menggalas tanggungjawab ini pada saat ini saya tidak mampu kerana perlu mengutamakan suami dan anak yang masih kecil. Saya syukur sebab penceritaan dan susunan hidup saya cantik sebenarnya,” katanya.


Neelofa Tak Rindu Kehidupan Glamour, Hati Kini Rasa Lapang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo