Artikel Terkini

Negeri Sembilan kekal juara Liga Hoki Malaysia Wanita

Negeri Sembilan kekal juara Liga Hoki Malaysia Wanita
Negeri Sembilan kekal juara Liga Hoki Malaysia Wanita 1

SEREMBAN –  Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan mempertahankan status juara Liga Hoki Malaysia TNB 2023 selepas menewaskan KPT-Uniten Thunder (KPT) 2-1 dalam pertembungan di Stadium Hoki MBS S2 di Seremban petang ini.

Gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Nuramirah Shakirah Zulkifli pada minit ke-42 selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1.

Negeri Sembilan yang perlu memenangi perlawanan pada hari ini untuk mengekalkan status juara liga menjaringkan gol pertama melalui Fatin Naimah Zaki pada minit ke-3 melalui pukulan sudut penalti.

Tersentak dengan jaringan awal itu pasukan KPT yang hanya memerlukan keputusan seri untuk dinobatkan sebagai juara liga bangkit melancarkan beberapa siri serangan balas.

Hasilnya, pasukan itu berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-8 melalui Nur Zafirah Aziz.

Hujan pada suku ketiga permainan tidak mengganggu tumpu para pemain kedua-dua pasukan mencari gol.

Nuramirah yang telah menjaringkan 15 gol dalam liga musim ini menoktahkan status juara liga untuk Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol padang pada minit ke-42.

Kemenangan Negeri Sembilan itu menggembirakan lebih 500 penyokong pasukan itu yang tidak berganjak walaupun hujan. – KOSMO! ONLINE


Negeri Sembilan kekal juara Liga Hoki Malaysia Wanita 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo