Infotainment

Netizen Kagum Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Ah Long Sehingga Tertunduk Diam

Netizen Kagum Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Ah Long Sehingga Tertunduk Diam
Netizen Kagum Lihat Lelaki Ini 'Sound' Ah Long Sehingga Tertunduk Diam 1

Langgan saluran Telegram kami atau muat-turun aplikasi di App Store dan Google Play.

Jika sebelum ini kita disajikan dengan berita ah long yang sentiasa berani ketika pergi memungut hutang daripada mangsanya, lain pula jadinya dalam video yang tular di media sosial ini.

Video yang dikongsikan oleh lelaki bernama Mustafa Khan menerusi akaun TikTok menunjukkan beliau sedang memarahi 3 pemuda dipercayai ah long. 3 pemuda berkenaan dikatakan berada di sebuah kawasan perumahan untuk memungut wang daripada mangsa mereka.

Dalam videonya, Mustafa berkata beliau tidak suka dengan cara ah long tersebut yang meminta wang di malam hari ketika peminjam sedang berada bersama keluarga. Beliau turut berkata ini bukan pertama kali dia menyelesaikan kes ah long dan menyuruh ketiga-tiga pemuda terbabit untuk pulang.

Rata-rata netizen kagum dengan keberanian Mustafa dan berkata ini pertama kali mereka melihat ah long yang diam dan takut dengan orang awam. Ada yang berkata ketiga-tiga ah long tersebut nampak ‘skema’, tidak berperwatakan seperti ah long atau gangster filem.

Mustafa Khan berkata beliau boleh dikatakan sebagai pembela nasib untuk mangsa yang diganggu ah long. “Ini adalah akaun terbaru saya kerana akaun saya sebelum ini telah kena banned sebab ah long ini pergi report,” katanya.

Menurutnya lagi, ada di antara mangsa yang hanya meminjam RM400 sahaja tetapi perlu membayar balik sehingga ribuan ringgit kerana hutang masih belum dikira selesai.

Mustafa berkata sekiranya anda salah seorang yang masih diganggu oleh ah long, boleh hubungi beliau di profil Instagram rasmi dirinya dan beliau sedia membantu. Semoga dipermudah perjuangan Mustafa untuk membela mangsa ah long.

Kes ah long tidak akan habis dan ini beberapa artikel lain berkaitan ah long yang berlaku sebelum ini. Baca pada pautan di bawah.

Yusuf Azmi Turun Padang Selesaikan Isu Hutang ‘Ah Long’ Bernilai Hampir RM1.475 Juta

‘Tersilap’ Simbah Cat Merah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Rumah Sasaran Ah Long

Ah Long Bangunkan Aplikasi ‘Mloan’ Untuk Curi Akses Data Peribadi Peminjam


Netizen Kagum Lihat Lelaki Ini 'Sound' Ah Long Sehingga Tertunduk Diam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list