Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Salah satu perkara penting semasa berada di atas jalan raya, kita perlu pastikan kenderaan berada di lorong yang betul agar tidak menimbulkan masalah serta menyusahkan pengguna jalan raya lain.
Seorang pengguna jalan raya telah merakam sebuah Myvi bergerak ke hadapan lalu merempuh Bezza yang mahu membelok ke simpang kanan jalan. Lalu, pemandu kedua-dua buah kereta itu berhenti di tepi jalan dan mereka bertikam lidah mengenai perlanggaran tersebut.
Pemilik video dashcam memberhentikan kenderaan di belakang Bezza untuk memaklumkan bahawa dia mempunyai rakaman kejadian perlanggaran yang melibat kedua-dua kenderaan terbabit.
Semasa pemandu Bezza bercakap dengan pemilik video dashcam, secara tiba-tiba pemandu Myvi masuk kembali ke dalam keretanya dan dipercayai lari meninggalkan tempat kejadian.
Hantaran rakaman video dashcam itu telah menerima hampir 500 kali perkongsian dan lebih 800 komen daripada orang ramai yang bengang melihat pemandu Myvi tersebut membuat beberapa kesalahan pada masa yang sama.
Dia duduk pada lorong yang salah, tidak memberikan signal, cuai untuk melihat keselamatan sekeliling sebelum mahu bergerak ke hadapan dan lebih teruk lagi pemandu Myvi itu didapati ‘melarikan diri’ dari tempat kejadian.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia
Pada awalnya pemandu Myvi itu dilihat mahu menegak benang yang basah dengan bertikam lidah bersama pemandu Bezza, namun apabila insiden kemalangan itu ada ‘bukti’ rakaman video, dia memilih untuk cabut lari terlebih dahulu.
Harap pemandu Bezza dapat bersabar dan semoga urusannya untuk membaik pulih keretanya dipermudahkan. Bagi pemandu Myvi pula, mungkin dia ‘terlepas’ semasa kejadian, tetapi tindakannya itu pasti akan mendapat balasan di kemudian hari.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Sebuah lori didakwa mengalami masalah brek angin lalu merempuh sebuah kereta mewah Rolls-Royce Ghost di kawasan Terowong Menora. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Brek Angin Lori ‘Bermasalah’ Didakwa Jadi Punca Kereta Mewah Rolls-Royce Tersepit
Macam Cerita Mr.Bean, Lelaki Ini Langgar Lampu Merah Penuh ‘Sopan’ Depan Polis
Motosikal Kemalangan Selepas Elak Pintu Kereta, Tindakan Penumpang Toyota Vios Ini Dikecam Ramai
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo