Infotainment

Netizen Kritik Drama Melayu Asyik Kisah Orang Kaya, Aeril Zafril Padam Komen

Netizen Kritik Drama Melayu Asyik Kisah Orang Kaya, Aeril Zafril Padam Komen 1

Netizen Kritik Drama Melayu Asyik Kisah Orang Kaya, Aeril Zafril Padam Komen 2

Boleh dikatakan kebanyakan drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan kini banyak berkisarkan tentang cinta, fantasi dan kisah orang kaya.

Muak dengan jalan cerita drama yang sama sahaja, ramai yang meninggalkan komen meluahkan perasaan mereka di Instagram pelakon Aeril Zafrel.

BACA:

Netizen Kritik Drama Melayu Asyik Kisah Orang Kaya, Aeril Zafril Padam Komen 3

“Kenapa padam komen saya, tak betul ke komen saya tu? Tahap cerita Melayu tak habis-habis dengan kahwin, projek juta-juta, Datuk Sana, Tan Sri sini.

“Bukan suruh puaskan hati semua orang. Tapi cuba perbaiki mutu drama tempatan, barulah tarik minat orang untuk menonotn. Tolong beritahu dengan pengarah sana,” tulis seorang netizen.

Netizen Kritik Drama Melayu Asyik Kisah Orang Kaya, Aeril Zafril Padam Komen 4

Difahamkan, individu berkenaan meluahkan pendapatnya tentang drama terbaru lakonan Aeril berjudul Tercipta Satu Ikatan. Tidak hanya berdiam diri, Aeril dilihat membalas pertanyaan netizen tersebut dan memberi lima sebab mengapa dia memacam komen individu berkenaan.

Aeril berkata individu tersebut tidak seharusnya terus menghentam sesebuah karya sebelum menonton secara keseluruhan.

Kata Aeril lagi, setiap stesen televisyen menyediakan slot waktu berbeza untuk pelbagai genre rancangan dan penonton boleh memilih rancangan mengikut citarasa mereka masing-masing.

“Contohnya untuk cerita tentang budaya dan kemasyarakatan sudah ada tokoh pembikinnya. Untuk kisah benar atau cerita realiti, ada National Geographic contohnya.

“Jadi awak boleh memilih ikut selera sendiri, bukannya miliki sifat mahu orang lain jadi atau ikut selera awak,” katanya.



Netizen Kritik Drama Melayu Asyik Kisah Orang Kaya, Aeril Zafril Padam Komen 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo