Infotainment

Netizen Sayu Lihat Feri Ikonik Pulau Pinang Dibiar Tenggelam Di Sungai Perai

Netizen Sayu Lihat Feri Ikonik Pulau Pinang Dibiar Tenggelam Di Sungai Perai 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sebelum ini, perkhidmatan ikonik feri yang menjadi sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

Selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan ini pasti dirindui ramai. Terbaharu, tular gambar keadaan feri yang sudah tidak digunakan di Limbungan Bagan Dalam.

Menerusi gambar yang tular, dapat dilihat keadaan feri tidak diselenggara dengan baik sehingga feri sudah dimasuki air akibat berlaku kebocoran. Malah, feri juga kelihatan senget sebelah seperti mahu tenggelam.

Lantaran gambar yang tular, rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa kerana feri tersebut tidak dijaga sebaiknya walaupun sudah tidak digunakan. Malah, feri tersebut pernah menjadi kebanggaan Pulau Pinang pada satu ketika dahulu dan boleh dipamerkan kepada pelancong kelak jika dijaga sebaiknya.

Mendapat pelbagai reaksi netizen, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng telah melawat untuk melihat keadaan Feri Pulau Pinang . Hasil siasatan mendapati, terdapat beberapa lubang kebocoran dan mengakibatkan air masuk ke dalam feri melalui lubang berkenaan lalu memenuhi bilik engin.

Lalu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Penang Port Sdn Bhd telah mengambil tindakan dengan mengepam air keluar dan melakukan kerja-kerja pembaikan.

Masalah Feri Pulau Pinang di Limbungan Bagan DalamSaya telah melawat ke Feri Pulau Pinang dengan serta merta selepas…

Posted by Tan Teik Cheng 陈德钦 on Saturday, June 5, 2021

Untuk pengetahuan anda, Feri Pulau Pinang ditempatkan di Limbungan Bagan Dalam sehingga Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang memuktamadkan urusan pajakan feri tersebut kepada pembida yang berjaya. Pajakan Feri Pulau Pinang bertujuan untuk dijadikan sebagai muzium dan akan ditempatkan di Tanjung City Marina kelak.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Pulau Pinang pada pautan di bawah ini.

Dipuji Snoop Dogg, Kedai Makan Di Pulau Pinang Raih Perhatian Dunia

Penginapan Unik Airbnb Di Pulau Pinang Tawar Gelongsor Dan ‘Hammocks’ Ini Curi Perhatian Netizen



Netizen Sayu Lihat Feri Ikonik Pulau Pinang Dibiar Tenggelam Di Sungai Perai 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo