Infotainment

N’golo Kante Dilihat Singgah Makan Nasi Lemak Sebelum Perlawanan Akhir Champions League

N'golo Kante Dilihat Singgah Makan Nasi Lemak Sebelum Perlawanan Akhir Champions League 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Bagi anda yang meminati pasukan bola sepak Chelsea mahu pun pasukan kebangsaan Perancis, rata-rata anda pasti sudah pun mengenali nama pemain bola sepak N’golo Kante. Bukan sahaja terkenal dalam dunia bola sepak, malah beliau juga sangat mesra dengan sikap rendah diri dan mudah untuk didekati oleh orang ramai terutama peminatnya sendiri.

Terbaharu, nama N’golo Kante kini menjadi perhatian di kalangan netizen Malaysia selepas tular beberapa perkongsian foto di media sosial yang memperlihatkan Kante yang sempat berkunjung ke restoran Tukdin Flavours of Malaysia iaitu sebuah restoran yang menjual juadah Malaysia di London.

Tambah menarik lagi, menu sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak dengan kombinasi lauk ayam masak merah telah menjadi juadah pilihan buat santapan Kante sebelum beliau terbang ke Porto bersama skuad Chelsea untuk perlawanan akhir Champions League menentang Manchester City pada hujung minggu ini di stadium Estádio do Dragão, Porto.

“N Kante sudah pun menikmati juadah nasi lemak kosong dan ayam masak merah sebelum terbang untuk ke perlawanan akhir Champions League. Semoga berjaya,” tulis kapsyen bagi perkongsian foto daripada pekerja-pekerja restoran tukdin Flavours of Malaysia yang sempat bergambar bersama Kante.

Berharap N’Golo Kante serta pasukannya berjaya membawa kemenangan dalam perlawanan akhir Champions League untuk musim kali ini. Kali terakhir Chelsea mara ke perlawanan akhir bagi kejohanan tersebut ialah pada musim 2011/2012 dan mereka telah bergelar juara.

Jika kombinasi nasi lemak dan lauk ayam masak merah menjadi pilihan N’Golo Kante, bagaimana pula kombinasi nasi lemak berlauk kegemaran anda? Kongsikan pada ruangan komen Facebook The Vocket.

YouTuber dari Greece ini sanggup terbang 9,600KM ke Malaysia kerana rindukan nasi lemak. Baca lebih lanjut pada pautan di bawah.

YouTuber Dari Greece Sanggup Terbang 9,600KM Ke Malaysia Kerana Rindukan Nasi Lemak

Kerana ‘Diserang’ Netizen Dari Malaysia, Wartawan Ini Cuba Nasi Lemak Sebenar Dan Akui Keenakannya

Mat Saleh Tular Jual Nasi Lemak RM3, Habis Dalam Masa 2 Jam



N'golo Kante Dilihat Singgah Makan Nasi Lemak Sebelum Perlawanan Akhir Champions League 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo