Artikel Terkini, bersih, Buletin, coway, Featured, penapis udara, rumah, selamat, sihat

Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble

Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble
Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble 1

Syarikat penapis air dan udara terkemuka daripada Korea Selatan, Coway Malaysia kini telah melancarkan sebuah model penapis udara terbaharu iaitu Coway Noble secara rasminya pada 1 Sepetember yang lalu. 

Didatangkan dengan reka bentuk dan teknologi terkini, Coway Noble membolehkan anda menikmati kehidupan yang lebih sihat serta terlindung daripada sebarang pencemaran udara. Bukan itu sahaja, dengan reka bentuk yang moden dan terkini, boleh mewujudkan suasana mewah hiasan dalaman kediaman anda.

Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble 2

Dilengkapi penapisan 6 langkah dengan ciri pensterilan UVC, teknologi terkini yang canggih  ini boleh meningkatkan keberkesanan membasmi bahan pencemar dalaman untuk memastikan udara yang lebih bersih dan segar di ruang dalam. Sama ada di pejabat atau di rumah, anda boleh menghirup udara secara mudah dan yakin dengan penulen udara Noble daripada Coway, yang mampu menyingkirkan bahan pencemar dalaman dengan berkesan.

Didatangkan dengan warna Pebble Gray (kelabu) yang anggun, bergaya dan serba moden, model berprestij pemenang anugerah reka bentuk global ini sesuai untuk mereka yang mempunyai cita rasa tersendiri dan mendambakan penulen udara yang mencantikkan lagi rumah mereka.

Antara anugerah antarabangsa yang dimenanginya ialah Good Design Award 2021, iF Design Award 2021, Good Design Korea, Pin Up Design Awards, Hadiah Gangsa di iDEA Awards 2021 dan juga Red Dot Award 2021 dan 2022.

Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble 4 Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble 6

Penulen udara yang canggih lagi anggun ini juga menggunakan penapis 4D pertama sepertinya yang menjanjikan penulenan 360° secara menyeluruh. Di samping itu, ia juga dilengkap dengan penapis Double HEPA yang terbukti membasmi 99.999% virus memudaratkan, termasuk varian Omicron Covid-19 yang sangat mudah dan pantas merebak di ruang udara.

Memandangkan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia meluangkan 90% daripada masa mereka di dalam rumah, aspek pengaliran udara yang baik perlu dititikberatkan.

Menurut Laporan Alam Sekitar [Reports on Environment] (ROE) oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika [American Environmental Protection Agency] (EPA), udara dalaman ialah 2-5 kali lebih tercemar berbanding udara luar dan merupakan antara 5 risiko alam sekitar utama yang boleh memudaratkan tahap kesihatan tubuh badan manusia.

Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble 8

Penulen serba canggih ini juga dilengkapi dengan sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod – smart (pintar), turbo, silent (senyap) dan eco (mesra alam).  Dengan reka bentuknya yang menarik, penulen udara seberat 15kg dan berukuran 320 x 320 x 805mm (W x D x H), Coway Noble ini boleh menghiasi mana-mana ruang di dalam kediaman anda tanpa sebarang masalah.

Untuk butiran lanjut, layari www.coway.com.my untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang penulen udara Coway Noble.

Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble 10

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble 12

Baca artikel berikutnya: Kenapa Dunia Semakin Kehilangan Warna?

 

Nikmati Udara Dalaman Segar Dengan Penulen Udara Terbaharu Coway Noble 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo