Berita

Nilai semula polisi 70:30 | Harian Metro

Nilai semula polisi 70:30 | Harian Metro 2

 

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) optimis untuk mencapai peningkatan kadar pengeluaran beras tempatan kepada 75 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi mengurangkan kebergantungan import negara.

   Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kadar pengeluaran beras ketika ini adalah pada 70 peratus manakala 30 peratus membabitkan import beras.

   Katanya, berikutan pandemik Covid-19 dan penutupan sempadan negara, ia memberi sedikit halangan terhadap beras untuk masuk ke negara ini.

   “Era Covid-19 ini mengajar kita untuk melihat semula dasar ini, malah kami diminta merancakkan penanaman padi secara berskala besar bagi mengurangkan import. 

   “Polisi kerajaan bagi 70 peratus pengeluaran beras tempatan dan 30 peratus import sejak sekian lama menjadikan kita selesa.

  “Justeru, polisi 70:30 ini perlu dinilai semula dan kami menyasarkan dalam tempoh beberapa tahun lagi pengeluaran beras negara akan mencapai 75 peratus.

  “Kalau kita mahu meningkatkan pengeluaran beras negara, kita perlu beri tumpuan lebih kepada industri ini secara keseluruhan,” katanya pada sidang media khas di sini, semalam.

   Menurutnya, Mafi akan berusaha memastikan pengeluaran penanaman padi secara berskala besar dan penggunaan pelbagai mekanisme serta automasi ditambah baik bagi meningkatkan pengeluaran beras pada masa akan datang.

   Ronald berkata, ini termasuk penggunaan baja, jenis padi, sistem pengairan dan tanah bersesuaian.

   “Kalau kita lihat pengeluaran beras padi berbeza di setiap kawasan disebabkan oleh kesuburan tanah yang berbeza di kawasan utara, selatan, Selangor, Perak, Pahang dan sebagainya.

   “Jadi kita sudah memperuntukkan sebahagian dana untuk kesuburan dana. Jika dibandingkan dengan negara lain, dari segi pengeluaran, mungkin kita agak ketinggalan.

“Tetapi, kita melihat negara lain mengeksport lebih banyak beras ke negara luar disebabkan kawasan tanah yang besar, contohnya seperti Vietnam dan Thailand mempunyai kawasan tanah yang besar, tetapi dari segi hasil pengeluaran kita lebih tinggi,” katanya.

   Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM4.79 bilion untuk Mafi bagi terus merancakkan sektor pertanian dan industri makanan dalam Belanjawan 2021.

   Katanya, peruntukan itu termasuk bagi tujuan perbelanjaan mengurus (OE) sebanyak RM3.28 bilion dan perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM1.51 bilion.

Nilai semula polisi 70:30 | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo