Berita

Nilai sentimental ‘Kedai Pernah Sayang’ [METROTV]

Nilai sentimental 'Kedai Pernah Sayang' [METROTV] 1

Nilai sentimental 'Kedai Pernah Sayang' [METROTV] 2

Kuala Lumpur : Hadiah pemberian kekasih atau pasangan tentunya mempunyai nilai sentimental terhadap seseorang individu.

Namun, barangan kesayangan itu boleh bertukar menjadi sesuatu yang dibenci sekiranya hubungan terbabit putus di pertengahan jalan.

Bagi memastikan barangan itu tidak dibuang begitu saja, Hazim Azaman yang juga jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas menyediakan platform di Instagram (IG) dan Facebook (FB) dikenali ‘Kedai Pernah Sayang’ khusus untuk individu yang mahu menjual barangan pemberian bekas kekasih atau pasangan.

Menerusinya, penjual boleh mendapat semula pulangan hasil jualan barangan di platform berkenaan.

Bercerita lanjut , Hazim, 26, berkata, idea mewujudkan platform itu tercetus selepas menonton sebuah filem.

“Platform ini bukan diwujudkan kerana ada kaitan dengan sejarah lampau atau pengalaman peribadi saya.

“Namun ia mengambil inspirasi daripada sebuah filem luar negara yang berkisar tentang sebuah kedai menjual barangan bekas kekasih dan pasangan.

“Idea itu cukup istimewa jadi saya ketengahkannya dengan mewujudkan platform di IG,” katanya ditemui Harian Metro di RGB Coffee and The Bean Hive di sini.

ANTARA barangan yang dijual di platform jualan barangan bekas kekasih di Instagram milik Hazim. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANTARA barangan yang dijual di platform jualan barangan bekas kekasih di Instagram milik Hazim. FOTO Hairul Anuar Rahim

Menurut Hazim, platform itu menerima sambutan luar biasa sejak diwujudkan 17 Oktober lalu apabila mengumpul lebih 16,000 pengikut di IG dalam tempoh dua bulan.

“Memang di luar jangkaan dan pengikut di IG bertambah selepas seorang individu berkongsi gambar serta pautan akaun Kedai Pernah Sayang di Twitter.

“Sambutan di IG itu juga yang mendorong saya membuka akaun rasmi di FB,” katanya.

Menurut Hazim, dia turut dibantu rakan, Fakira Nor Zailan, 25, yang bertanggungjawab mengendalikan bersama akaun rasmi di IG dan Fb.

Katanya, mereka menerima apa saja barangan untuk dijual dengan syarat ia adalah pemberian bekas kekasih dan pasangan.

“Menerusi platform itu, kami sediakan pautan nombor untuk dihubungi. Jadi, mereka yang berminat menjual barangan boleh menghantar gambar dan wajib berkongsi kisah bersama bekas pasangan masing-masing.

“Kemudian, kami akan muat naik gambar dan kisah itu di IG dan FB seterusnya menghubungkan penjual dengan pembeli.

“Satu tugas yang sukar kerana kami perlu membaca satu persatu kisah dan meneliti gambar dikirim oleh pembeli bagi memastikan ia bukan cerita rekaan memandangkan platform ini adalah ruangan menjual barangan bekas kekasih atau pasangan, bukannya daripada penjual perseorangan,” katanya.

HAZIM yang menyediakan platform jualan barangan bekas kekasih di Instagram. FOTO Hairul Anuar Rahim
HAZIM yang menyediakan platform jualan barangan bekas kekasih di Instagram. FOTO Hairul Anuar Rahim

Hazim berkata, pelbagai kisah suka dan duka dikongsikan pengikut menerusi platform berkenaan.

“Banyak sebenarnya kisah kami terima ,ada yang lucu, sedih dan tidak masuk akal. Satu daripada kisah tidak dapat dilupakan adalah daripada seorang wanita yang mahu menjual motosikal pemberian bekas suaminya tetapi tidak menyertakan bersama dokumen jual beli.

“Namun, kami hanya berkongsi kisahnya dan tidak membantu menjual barangan itu kerana bimbang timbul masalah di kemudian hari.

“Ada juga kisah sedih yang mana seorang lelaki yang tidak jadi berkahwin mahu menjual pakaian serta kesemua barangan hantarannya. Dia turut mengirimkan bersama gambar kad jemputan majlis perkahwinannya yang sepatutnya diadakan pada Sabtu lalu (12 Disember).

“Kami juga pernah dihubungi seorang lelaki yang bersungguh mahu menjual tilam elektronik dipercayai boleh merawat buah pinggang dengan harga RM15,000 namun ia masih tidak terjual sehingga kini,” katanya.

Walaupun ada yang memandang sinis penubuhan platform itu, Hazim yakin ia mempunyai potensi yang boleh memberi pulangan memuaskan.

“Bagi saya, platform itu adalah model perniagaan yang baik kerana tiada orang pernah lakukannya.

“Kisah dikongsi pula terjadi dalam masyarakat kita. Hasil sambutan menggalakkan ini, saya merancang membuka sebuah kafe.

“Di kafe ini, sesiapa saja boleh datang membawa bersama barangan dan nota kisah cinta mereka selain duduk minum dan makan bersama rakan,” katanya.

Nilai sentimental 'Kedai Pernah Sayang' [METROTV] 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo