Infotainment

‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan

‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan
‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan 1

‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan

Nama penyanyi terkenal Ning Baizura menjadi sebutan ramai susulan tular video di aplikasi TikTok dan Twitter membabitkan persembahannya menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu di sebuah pusat persembahan, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Demi Ikut Trend Semasa, Joey Daud Buka Akaun Instagram & TikTok

Maafkan Ning

@yanaothmannn ‘Awan Yang Terpilu’ – by Ning Baizura Versi 2022 Gitchu! ? #fyp #fypdongggggggg #awanyangterpilu #ningbaizura #terpilubetol ? original sound – yanaothman

Meminta pandangan daripada Datuk Hattan berkenaan isu terbabit, penyanyi senior itu tidak menyalahkan Ning berkenaan insiden yang berlaku.

Kata Hattan, 57, Ning seorang penyanyi yang sangat bagus namun dia tidak menolak berkemungkinan faktor penat yang menyebabkan tidak mampu menyanyikan lagu itu dengan baik.

Kadang-kadang mereka pun tak mahu jadi macam itu. Saya tengok video Ning tu, bila kita capai satu tahap umur, dia lost dia punya head voice tu.

Tapi saya tak salahkan dia juga. Mungkin dah terlampau letih sebab yang saya baca, dia dah nyanyi 20 lagu. Saya simpati dengan dia.

Jadi kita tak boleh nak expect apa. Maafkan dia la.. Sebenarnya orang yang dah beranak ni lagi problem.

Hattan berkata demikian ketika Malam Gala & Sidang Media Gadis Jolobu The Movie yang diadakan di GSC Starling, Damansara Utama, pada Jumaat.

Henti buli siber

‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan 3

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin berkata emosi penyanyi sewaktu menyanyi boleh memainkan peranan untuk menentukan kualiti persembahan.

Saya masa lancar lagu 5 Oktober, kan saya sangkut. Saya teringat anak Bob meninggal, saya teringat angkat jenazah dia. Separuh daripada lagu tu saya tak menyanyi.

Benda tu memang boleh mempengaruhi, dia dapat balik head voice dia sebenarnya bila hujung tu. Nampak dia hilang fokus yang dekat part tengah. Tapi dia dah buat yang terbaik, jangan salahkan dia.

Dalam pada itu, pelantun lagu Mahligai Syahdu akui kasihan melihat pemilik nama Ning Baizura Sheikh Hamzah yang menjadi mangsa buli siber di media sosial.

Saya tak suka tengok orang bantai dia, buli dia. Kau ingat dia nak menyanyi macam itu. Tak kot.. Tapi satu benda la, dia kena pergi jumpa Siti Khairani balik, dapatkan balik dia punya kekuatan vokal. Ning seorang penyanyi yang bagus.

Dalam perkembangan lain, Hattan bakal muncul dalam filem Gadis Jolobu The Movie yang turut dibintangi oleh Joey Daud, Khir Rahman, Ahirine Ahirudin dan ramai lagi.

Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonan hampir 10 juta di You Tube.

Filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan.

Sumber: TikTok @yanaothmannn

‘Ning Baizura Penyanyi Yang Bagus, Saya Simpati Dengan Dia’ – Hattan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list