Berita

Noorkhiriah dan pengikut laman sosialnya tampil bantu mangsa banjir

Noorkhiriah dan pengikut laman sosialnya tampil bantu mangsa banjir 1

Noorkhiriah dan pengikut laman sosialnya tampil bantu mangsa banjir 2

Kuala Lumpur: Situasi banjir di Pahang ketika ini mendorong pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, yang juga anak jati negeri itu tampil menghulur bantuan hasil daripada sumbangan pengikutnya di media sosial.

Tidak sampai sejam membuat perkongsian di Instagram, Noorkhiriah berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk membeli barangan keperluan termasuk menyediakan bahan masakan untuk hidangan yang akan diedarkan nanti.

Menerusi sumbangan kewangan diterima itu, Noorkhiriah dengan dibantu adiknya, Munirah Ahmad Shapie dan pasukan dapat membeli beberapa keperluan utama untuk mangsa banjir di sekitar Raub seperti pakaian dalam, lampin pakai buang bayi serta penyedian makanan untuk diedarkan.

Noorkhiriah berkata, dia sangat berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan kewangan berkenaan dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kebaikan itu.

“Alhamdulilah, sudah cukup untuk keperluan dan masak. Tak mampu nak balas, semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Terima kasih juga kepada adik saya dan pasukan. Saya doakan semoga semua urusan dipermudahkan Allah,” katanya.

Menurut Noorkhiriah, kepada yang ingin menyumbang lagi diharap bersabar kerana jumlah wang diperlukan setakat ini sudah cukup untuk diguna dahulu bagi membeli barangan keperluan berkaitan.

“Cukuplah dahulu, saya gunakan apa yang ada ini (sumbangan kewangan) untuk membeli lampin pakai buang serta pakaian dalam. Esok, akan masak juga makanan untuk 500 orang,” katanya.

Rata-rata pengikut media sosial pelakon drama Nur dan Nur 2 itu menyambut baik usaha murni yang dilakukan bersama adiknya itu. Malah, ada di antaranya turut berkongsi maklumat berkaitan barang keperluan yang sangat diperlukan mangsa banjir.

Selain Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan antara negeri yang terjejas akibat banjir ketika ini.

 

Noorkhiriah dan pengikut laman sosialnya tampil bantu mangsa banjir 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo