Artikel Terkini

Norazam keluar hospital, gegas semula ke lokasi tanah runtuh

Norazam keluar hospital, gegas semula ke lokasi tanah runtuh
Norazam keluar hospital, gegas semula ke lokasi tanah runtuh 1

Norazam keluar hospital, gegas semula ke lokasi tanah runtuh
Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis dikejarkan ke Hospital Selayang pada Isnin akibat strok ringan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis bergegas ke lokasi tanah runtuh di Batang Kali, sebaik dibenarkan keluar hospital hari ini.

Norazam berkata, beliau hadir kerana mahu memberi semangat kepada semua anggota dan pegawainya yang bertungkus lumus di lokasi mencari baki tiga mangsa yang belum ditemui.

“Doktor kesan saya mengalami ‘transient ischemic attacks’ (serangan angin ahmar ringan). Selepas ini perlu jalani rawatan susulan dan dibenarkan keluar (hospital) hari ini.

“Saya dalam keadaan baik, datang ke sini sebab masih ada (mangsa) belum jumpa dan saya nak jumpa pegawai untuk bagi mereka semangat mencari baki mangsa,” katanya menerusi satu video dimuat naik di laman JBPM.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih atas sokongan diberikan semua pihak kepada semua petugas operasi SAR khususnya pasukan bomba.

Menurut JBPM dalam kenyataan, Norazam akan kembali bertugas di kediaman secara “light duty” bagi memantau gerak kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh di Batang Kali menerusi talian telefon.

Isnin lalu, Norazam dikejarkan ke Hospital Selayang akibat strok ringan berpunca kepenatan dan kurang tidur.

Norazam bekerja tanpa henti sejak tiga hari di kawasan tanah runtuh di Batang Kali, kata seorang jurucakap JBPM.

Setakat hari ini, jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi itu disemak semula dan jumlah rasmi adalah 92 bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.

Pada pagi ini, pasukan mencari dan menyelamat menemui empat lagi mayat mangsa menjadikan jumlah kematian tragedi tanah runtuh itu kepada 30 orang. Seramai 61 mangsa diselamatkan.


Norazam keluar hospital, gegas semula ke lokasi tanah runtuh 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo