Artikel Terkini

Norman, Memey tunggang motor dari KL-Pahang-Johor demi PRU15

Norman, Memey tunggang motor dari KL-Pahang-Johor demi PRU15
Norman, Memey tunggang motor dari KL-Pahang-Johor demi PRU15 1

PETALING JAYA – Tidak mahu menjadi mangsa kesesakan lalu lintas, pasangan selebriti popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza sanggup menunggang motosikal dari Kuala Lumpur (KL) ke Pahang dan Johor demi membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Norman dalam satu hantaran Instagram memberitahu mereka bertolak seawal pukul 7 pagi dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi dari kediamannya di KL menuju ke Kuantan sebelum bergerak ke Kota Tinggi, Johor.

“Kami selamat tiba di Kuantan pukul 9 pagi kemudian selesai mengundi. Kemudian bergerak pula ke Johor pada pukul 11 pagi dan tiba sekitar pukul 2 petang.

“Semuanya dipermudahkan dan tidak perlu beratur lama di tempat mengundi Memey di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi,” katanya.

Selain mengelak kesesakan, pelakon filem Pasrah itu berkata, keputusan pulang mengundi dengan menunggang motosikal juga diambil selepas menunaikan solat istikharah pagi semalam.

“Pada awalnya, kami merancang menaiki kereta dan membawa anak-anak bersama serta pulang sehari lebih awal.

“Namun, selepas melakukan solat istikharah dan berfikir masak-masak, kami pilih untuk menunggang motosikal kerana tidak mahu terperangkap sehingga 13 jam seperti pernah dilalui pada musim perayaan sebelum ini,” katanya lagi.

Norman juga memaklumkan dia melakukan pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Jalan Gambang, Kuantan.

Tambahnya, dia pernah mempunyai hasrat menyewa helikopter untuk pulang mengundi ke Pahang dan Johor.

“Saya ada terfikir untuk menyewa helikopter tetapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana faktor cuaca yang tidak menentu.

“Bagi saya, PRU hanya diadakan setiap lima tahun. Apabila semakin matang, saya mula sedar perlu lakukan semua ini demi masa depan anak-anak, negara dan rakyat.

“Hendak memilih pemimpin yang sempurna mungkin sukar. Saya yakin Allah membantu saya dalam membuat keputusan,” ujarnya.

Selain Norman, ramai selebriti tanah air berkongsi pengalaman mereka membuang undi pada PRU15.

Antaranya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan, Hairul Azreen dan Neelofa. – KOSMO! ONLINE


Norman, Memey tunggang motor dari KL-Pahang-Johor demi PRU15 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo