Berita

Optimis sektor penerbangan pulih | Harian Metro

Optimis sektor penerbangan pulih | Harian Metro 1

Optimis sektor penerbangan pulih | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal optimis dengan pemulihan berperingkat dalam trafik penumpang dengan syarikat penerbangan kembali beroperasi dan menyambung perkhidmatannya di lapangan terbang kendaliannya.

Bulan lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyambut kehadiran semula Cathay Pacific selepas tiga tahun dengan syarikat itu menawarkan penerbangan mingguan ke Hong Kong dari KLIA.

Selain itu, KLIA juga menantikan syarikat penerbangan Starlux Airlines dari Taipei pada Januari ini di mana penerbangan baharu itu adalah tambahan kepada laluan Taipei-Pulau Pinang.

MAHB berkata, penyambungan semula operasi syarikat penerbangan secara beransur-ansur dan pengenalan laluan baru, menawarkan prospek pemulihan yang meyakinkan dalam sektor penerbangan.

Katanya, dengan larangan perjalanan antara negeri dan daerah ditamatkan baru-baru ini selain kehadiran musim cuti panjang yang akan datang, MAHB mengharapkan pergerakan penumpang meningkat pada bulan ini.

“Ketika pengangkutan udara secara beransur-ansur kembali normal, lapangan terbang terus berusaha melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk meningkatkan tahap keyakinan penumpang.

“Penumpang dapat melakukan perjalanan dengan yakin melalui lapangan terbang kami. Ini kerana kami telah menerapkan pelbagai langkah keselamatan Covid-19 sejak bermulanya wabak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, AirAsia Indonesia meninjau untuk menyambung semula penerbangannya yang beroperasi Kuala Namu ke Pulau Pinang bermula bulan ini, sekali gus menjadi syarikat penerbangan asing keenam kembali beroperasi di negeri berkenaan.

Dalam masa sama, syarikat penerbangan komuniti, Firefly juga akan mula beroperasi di Pulau Pinang sebagai hab keduanya dengan memperkenalkan laluan baharu dari Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu bermula bulan depan.

MAHB berkata, teknologi baru juga akan dilancarkan di rangkaian lapangan terbangnya secara berperingkat bermula dengan KLIA selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kebanyakan negeri di Malaysia pada bulan November mempengaruhi pemulihan lalu lintas penumpang.

“Selain itu, langkah kerajaan Turki membendung penyebaran kes Covid-19 telah mempengaruhi operasi kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen.

“Namun, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen masih mencatatkan 1.5 juta penumpang, menyumbang lebih 80 peratus kepada trafik penumpang keseluruhan iaitu 1.8 juta pada November,” katanya.

Optimis sektor penerbangan pulih | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo