Artikel Terkini

Orang ‘gomen’ senang-senang boleh beli rumah ketiga dengan loan 100%? Baca apa lelaki ini kongsi

Orang ‘gomen’ senang-senang boleh beli rumah ketiga dengan loan 100%? Baca apa lelaki ini kongsi
Orang ‘gomen’ senang-senang boleh beli rumah ketiga dengan loan 100%? Baca apa lelaki ini kongsi 1

Rugi kalau seorang penjawat awam tak gunakan peluang yang mereka ada untuk beli rumah. Tambah lagi boleh beli rumah dengan loan 100%. 

Kalau tahu strategi yang betul, anda boleh beli rumah ketiga dengan loan 100% pulak tu. 

“Biar betul Tok saya dapat beli rumah ketiga dengan loan 100%? Bukan ke rumah ketiga loan 70% je?” 

Mungkin ramai orang ‘gomen’ belum tahu yang anda ada kelebihan ini. 

Jemput baca sampai habis perkongsian Tuan Irwan Zainal ni. Anda pasti suka tahu kelebihan yang orang ‘gomen’ ada. 

*Anda boleh juga lihat video dan perbincangan menarik tentang topik ini antara Tuan Irwan Zainal dan Tuan Azmi (Pekerja di LPPSA yang lebih 20+ tahun pengalaman mengendalikan kes LPPSA)

Apa kebaikan LPPSA yang anda patut tahu? 

#1 Pinjaman sehingga umur 90 tahun 

Bagi anda yang mengambil skim pencen, pinjaman LPPSA yang anda boleh dapat adalah sehingga umur 90 tahun. Berbanding dengan orang yang mengambil skim KWSP, pinjaman LPPSA adalah berdasarkan tempoh bersara. 

 #2 Pinjaman berdasarkan pendapatan bersih dalam slip gaji (tidak melihat komitmen yang tiada dalam slip gaji)

Kalau anda nak mohon pinjaman di bank komersial, pihak bank akan melihat senarai komitmen yang anda ada sekarang. Contohnya anda ada pinjaman kereta dan personal loan, ini bakal mengurangkan kelayakan anda untuk memohon pinjaman rumah. 

Berbeza dengan pinjaman LPPSA pula. Pinjaman LPPSA hanya melihat berdasarkan slip gaji anda. 

#3 Had pinjaman sehingga 100% 

Untuk pinjaman LPPSA, anda boleh membuat pinjaman sehingga 100%. Namun, ada hartanah yang memerlukan deposit terlebih dahulu. Contohnya deposit 10%. Deposit ini perlu dibayar terlebih dahulu dan LPPSA akan ganti kemudian melalui peguam LPPSA.

#4 Terbaik jika digunakan untuk pembelian rumah ketiga. 

Untuk pengetahuan anda, rumah pertama dan rumah kedua anda boleh dapat pinjaman sebanyak 90%. Untuk rumah ketiga pula anda hanya akan dapat sebanyak 70%. Ini kalau ketiga – tiga rumah anda beli menggunakan bank komersial. 

Orang yang ada kuota pinjaman LPPSA sangat special sebab mereka boleh beli rumah ketiga dan dapat pinjaman 100%. Caranya begini:

Rumah pertama : Bank komersial (90 %) 

Rumah kedua : Bank komersial (90 %) 

Rumah ketiga : Pinjaman LPPSA (100%)

#5 Tidak mengambil kira rekod buruk CTOS / CCRIS

Bila anda nak memohon pinjaman dengan bank komersial, pihak bank akan tengok: 

  • Income
  • CCRIS / CTOS
  • Simpanan yang anda ada sekarang

Kalau anda nak mohon pinjaman LPPSA, ia tidak ambil kira jika anda ada rekod buruk CCRIS / CTOS. 

#6 Tiada faedah dikenakan ketika pembinaan (tidak dikenakan faedah pembinaan sehingga 36 bulan)

Bank  komersial biasanya akan mengenakan bayaran faedah setiap bulan untuk hartanah yang sedang dalam pembinaan. Namun untuk LPPSA pula tidak dikenakan sebarang cas kepada peminjam.

#7 Insurans kemalangan percuma sebanyak 100K 

Yang ni item terbaru mengikut Bajet 2021. Sekiranya anda mengambil pinjaman LPPSA untuk tahun 2021 – 2022, anda akan mendapat insurans kemalangan secara percuma sebanyak 100K. Details ni ada dibentangkan dalam Bajet 2021 namun perinciannya masih belum ada setakat ini. 

Berapa amaun kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sektor awam? 

Mungkin anda tertanya – tanya berapa amaun kelayakan maksimum yang anda boleh dapat. Anda boleh rujuk jadual di bawah. 

Orang ‘gomen’ senang-senang boleh beli rumah ketiga dengan loan 100%? Baca apa lelaki ini kongsi 2

Siapa yang boleh memohon pinjaman LPPSA? 

Orang ‘gomen’ senang-senang boleh beli rumah ketiga dengan loan 100%? Baca apa lelaki ini kongsi 3

Kalkulator Pembiayaan LPPSA 

Untuk mengira berapa pembiayaan LPPSA, anda boleh gunakan Kalkulator Pembiaayan LPPSA ini. 

Orang ‘gomen’ senang-senang boleh beli rumah ketiga dengan loan 100%? Baca apa lelaki ini kongsi 4

Link : Kalkulator Pembiayaan LPPSA 

Keburukan LPPSA yang anda wajib tahu

  1. Faedah 4.0% tidak berubah 
  2. Penggunaan LPPSA kali kedua berdasarkan Baki Kelayakan (selepas ditolak kuota amaun yang digunakan kali pertama) 
  3. Tempoh pinjaman maksimum 35 tahun untuk pembiayaan pertama dan 30 tahun untuk pembiayaan kedua.
  4. Takaful untuk melindungi baki pinjaman adalah WAJIB (mengikut tempoh PENUH pembiayaan)

Contoh:

Semoga anda dapat banyak manfaat lepas habis baca perkongsian ilmu Tuan Irwan Zainal ni. 

Ada kawan atau keluarga anda yang berkhidmat di sektor kerajaan? Silakan SHARE artikel ini biar mereka pun tahu pasal ni. 

P/s : Anda nak belajar lebih lagi tentang pelaburan hartanah? Jemput klik link ini sekarang : Pelaburan Hartanah

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Orang ‘gomen’ senang-senang boleh beli rumah ketiga dengan loan 100%? Baca apa lelaki ini kongsi 5

Orang ‘gomen’ senang-senang boleh beli rumah ketiga dengan loan 100%? Baca apa lelaki ini kongsi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo