Infotainment

Osama, Zaki Yamani Tak Pernah Rasa Beraya Dengan Jamal Abdillah

Osama, Zaki Yamani Tak Pernah Rasa Beraya Dengan Jamal Abdillah
Osama, Zaki Yamani Tak Pernah Rasa Beraya Dengan Jamal Abdillah 1

Bukan mudah bergelar anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah apatah lagi tidak berkesempatan untuk mencium tangan memohon maaf di pagi raya.

Bagaimanapun, Osama dan Zaki Yamani memahami tuntutan tugas bapanya yang menjadi penghalang mereka untuk menyambut raya bersama bapanya yang sibuk memenuhi undangan persembahan ketika Syawal.

BACA: Jamal Abdillah Dakwa Dihalang Jumpa Zaki Yamani

Memetik BH Online, Osama Yamani berkata dia ingin melihat keluarga besar mereka bersatu pada Syawal namun impiannya itu belum kesampaian lagi. Jelasnya lagi, hubungan ibunya dengan ibu tiri, Datin Zai Izzati juga baik-baik sahaja.

“Jujurnya, saya sebenarnya teringin sangat mahu dengan bersama babah, adik-beradik dan ibu tiri, tahun ini. Namun, nampaknya ia sukar dipenuhi.

“Setakat ini, kami belum pernah beraya bersama babah dan berkumpul satu keluarga. Kebiasaannya, kami meraikan Syawal secara berasingan.

“Hubungan ibu dengan ibu tiri, Datin Zai Izzati Khiruddin juga tiada sebarang masalah. Cuma, kami belum berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Zaki pula menafikan ibunya Fatimatuzahra Samad menghalangnya berjumpa dan meraikan Syawal bersama bapanya.

“Saya tiada masalah berjumpa babah, ibu tidak pernah menghalang. Ibu pernah menghantar saya ke rumah babah untuk beraya.

“Sebenarnya, babah boleh bertemu saya bila-bila masa. Ada ketikanya, babah janji nak jumpa, tetapi tiada. Saya hantar pesanan menerusi WhatsApp pun tidak berbalas.

“Jadi, saya tidak selesa apabila ibu dituduh menghalang saya bertemu babah, sekali gus memburukkan nama ibu,” katanya.

Dalam pada itu, Zaki berkata kali terakhir dia beraya bersama bapanya enam tahun lalu namun dia memahami bapanya sibuk dengan tuntutan kerja.

“Kali terakhir beraya bersama babah enam tahun lalu. Saya tahu babah terlalu sibuk pada Syawal. Saya tak pernah berkecil hati, malah, faham dengan kerja babah,” katanya.


Osama, Zaki Yamani Tak Pernah Rasa Beraya Dengan Jamal Abdillah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list