Artikel Terkini

Ozil tidak pernah ada dalam perancangan saya – TMJ

Ozil tidak pernah ada dalam perancangan saya – TMJ
Ozil tidak pernah ada dalam perancangan saya - TMJ 1

ISKANDAR PUTERI – Pemilik kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa bekas pemain Arsenal, Mesut Ozil tidak pernah ada dalam perancangan kelab bagi mendapatkan khidmat pemain itu.

Tunku Mahkota Johor berkata, kelab enggan menandatangani pemain berstatus superstar semata-mata, namun gagal memberikan komitmen 100 peratus di atas padang.

Tunku Ismail berkata, JDT tidak boleh mengulangi kesalahan sama ketika menandatangani pemain ternama seperti Daniel Guiza dan Pablo Aimar yang menjerat kelab untuk membayar pampasan yang besar untuk menamatkan kontrak mereka.

“Saya tidak tahu mana cerita Mesut Ozil ini datang, tetapi dia tidak pernah ada dalam perancangan saya. Kami tak nak berhabis duit kelab membayar gaji yang mahal untuk pemain yang tak membantu ketika bertahan.

“Tidak ada istilah superstar di JDT, semua pemain perlu komited dan memberikan komitmen untuk menyerang dan bertahan sebagai satu unit di atas padang.

“Kalau dia (Ozil) bagus, kenapa tidak ada kelab nak ambil dia? Mungkin ada masalah peribadi, attitude, kita tidak tahu, saya tidak mahu memburukkannya kerana saya tidak kenal dia. Itu faktor yang harus dibuat penilaian,” katanya dalam Sesi Soal Jawab Bersama Penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Tunku Ismail memberitahu, satu-satunya pemain tersohor yang menjadi pembelian berbaloi buat JDT ialah Luciano Figueroa yang turut menjadi duta dan pengurus Harimau Selatan.

Tunku Mahkota Johor itu turut menambah bahawa melahirkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain kelab Sepanyol, Sevilla, Papu Gomez.

“Sekiranya kami mampu menandatangani pada harga yang munasabah selain dapat memberikan komitmen tinggi seperti Luciano, Insya-Allah akan mendapatkan khidmatnya,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai membawa masuk pemain ternama ke JDT, Tunku Ismail memberitahu bahawa beliau enggan menjadikan JDT sebagai kelab persaraan buat pemain ternama dunia sebelum menggantung but mereka.

Katanya, beliau hanya mahukan pemain-pemain yang boleh memberi komitmen tinggi sekali gus memberi impak dan melahirkan kejayaan bersama JDT berbanding mengejar populariti semata-mata. – KOSMO! ONLINE


Ozil tidak pernah ada dalam perancangan saya - TMJ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list