Berita

Padah mulut celupar, Mori letak jawatan

Padah mulut celupar, Mori letak jawatan 2

Tokyo: Ketua Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020, Yoshiro Mori yang berdepan tekanan susulan kenyataan berbaur seksis meletak jawatan hari ini tetapi penggantinya belum dapat dipastikan dengan segera selepas berlaku percanggahan pendapat.

Kontroversi itu menambahkan pening penganjur yang sedang bergelut memenangi hati rakyat Jepun ketika temasya bakal berlangsung kurang enam bulan lagi.

Mori, 83, menimbulkan kemarahan minggu lalu apabila mendakwa wanita bercakap terlalu banyak ketika mesyuarat yang kemudiannya dibidas keras pegawai, bintang sukan dan penaja Olimpik kerana menganggap ia tidak sesuai dan memperlekehkan wanita.

Hari ini selepas ‘dihentam’ teruk, Mori mengambil keputusan meletak jawatan serta-merta.

“Kenyataan saya telah mencetuskan kemarahan dan saya mahu meminta maaf,” kata Mori ketika mesyuarat Lembaga Pengarah Eksekutif Tokyo 2020 bagi membincangkan kenyataan celuparnya itu.

“Apa yang lebih penting ialah tetap menganjurkannya pada Julai. Ia tidak seharusnya menjadi isu jika kehadiran saya menjadi penghalang penganjurannya.”

Terdapat percanggahan mengenai siapa akan menggantikan Mori yang sebelum ini memilih pentadbir sukan terkenal, Saburo Kawabuchi, 84, sebagai penggantinya.

Proses pertukaran itu hampir muktamad dengan bekas pemain bola sepak itu bersedia ditemuramah media mengenai perancangannya apabila mengambil alih tugas.

Tetapi pemilihan Kawabuchi tidak disenangi beberapa pihak dengan timbul dakwaan Mori bertindak bersendirian.

Hashtags membantah pelantikan Kawabuchi menjadi trending di Twitter dan Menteri Olimpik, Seiko Hashimoto menegaskan belum ada keputusan dibuat.

Media tempatan melaporkan Tokyo 2020 berdepan tekanan membatalkan pelantikan itu dan Kawabuchi membuat keputusan menolak tawaran tugas terbabit hari ini.

Padah mulut celupar, Mori letak jawatan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo