Artikel Terkini

Pak Beang kembali hantui penduduk Ulu Denga, Kluang

Pak Beang kembali hantui penduduk Ulu Denga, Kluang
Pak Beang kembali hantui penduduk Ulu Denga, Kluang 1

KLUANG – Penemuan bangkai seekor lembu yang tidak berkepala dipercayai angkara binatang buas menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan peneroka khususnya mereka yang bekerja di ladang Ulu Denga dan Bukit Tongkat di sini, semalam.

Kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku disyaki angkara harimau dikedua-dua ladang felda di daerah ini selepas sebulan kejadian serang sama pada 19 dan 20 November bulan lalu.

Seorang peneroka Felda Ulu Denga, Ghazali Rahman, 50, berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 5 petang oleh pemilik lembu yang mahu mengambil ternakan itu balik ke kawasan ternakan di ladang berkenaan.

“Kejadian itu merupakan kali ketiga di daerah kami dan kejadian pada Selasa lalu itu merupakan kali kedua menimpa penternak lembu yang sama, dimana kejadian pertama berlaku pada 20 November lalu.

“Pada masa itu, bangkai seekor anak lembu ditemui dengan kesan gigit pada leher disyaki akibat dibaham pak belang,”katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Ghazali berkata, kejadian itu juga disyaki berpunca daripada binatang buas itu berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui berhampiran setiap bangkai lembu berkenaan.

Susulan kejadian yang berlaku itu, penduduk menggesa agar satu tindakan dan pemantauan dilakukan dengan kadar segera oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

Pada 19 November lalu, dua ekor anak lembu ditemui mati di dalam ladang berhampiran hutan di Felda Bukit Tongkat dengan salah seekor daripadanya terdapat kesan dimakan oleh binatang buas.

Manakala sehari selepas itu, seekor anak lembu turut ditemui mati di Felda Ulu Denga dengan kesan cengkaman serta kecederaan hampir sama berlaku di Felda Bukit Tongkat.-KOSMO! ONLINE


Pak Beang kembali hantui penduduk Ulu Denga, Kluang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo