Berita

Pak Lah Cecupak meninggal dunia 

Pak Lah Cecupak meninggal dunia  2

 

Kuala Lumpur: Pelawak yang juga bekas anggota kumpulan Cecupak, Pak Lah Cecupak atau nama sebenarnya Noor Affendi Nurdin, 53, disahkan meninggal dunia akibat kanser usus pada pagi, hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan Exco Agama Persatuan Seniman, Salman Al Farisi di Facebook.

“Innalillahiwainnahilaihirojiun. Sahabatku pergi tidak kembali, Pak Lah Cecupak. Saya Exco Agama serta ahli Persatuan Seniman Malaysia mendoakan semoga Allah SWT mengampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, memuliakan kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, pelakon dan pengarah Adam Hamid di laman Instagram miliknya berkongsi perkara sama. 

“Dukacita dikhabarkan pada hari ini 5 Rabiul Akhir 1442H telah kembalinya ke Rahmatullah seniman Noor Affendi Nurdin, Pak Lah Cecupak kerana kanser usus,” katanya.

Terdahulu dilaporkan, Allahyarham yang mengidap penyakit barah usus tahap empat pernah menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada September lalu. 

Perkara itu turut dikongsikan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menerusi hantaran di Facebook.

“Salam takziah dari IRAMA buat keluarga pelawak Noor Affendi Nurdin atau Pak Lah Cecupak di atas kembalinya ke rahmatullah pagi ini. 

“Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh mereka. Al-Fatihah,” katanya.

Kumpulan Cecupak yang juga pelawak lagenda pernah dianggotai oleh Pak Lah, Pak Jaih, Ucop, Ropie dan Pian.

Selain menyanyi dan berlawak, Pak Lah juga aktif mencipta lagu serta menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.    

Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh  Menoleh nyanyian kumpulan Senario. 

Allahyarham meninggalkan seorang balu yang dikenali sebagai Miza Ali dan tiga orang cahaya mata.

 

Pak Lah Cecupak meninggal dunia  2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo