Artikel Terkini

Pakar Ni Bagi Trik Jimat Kalau Nak “Renovate” Atau Buat Rumah

Pakar Ni Bagi Trik Jimat Kalau Nak “Renovate” Atau Buat Rumah
Pakar Ni Bagi Trik Jimat Kalau Nak "Renovate" Atau Buat Rumah 1

Ramai yang mengeluh, nak renovate atau ubah suai rumah zaman now-now ni. Harga naik melambung-lambung jika dibandingkan zaman sebelum Covid19 menyerang. Bukan je pemilik yang terkesan dengan harga, malah pengusaha atau kontraktor pun terut mengalami masalah yang lebih besar apabila banyak projek terpaksa dibatalkan atau terpaksa mengunakan bajet yang sangat terhad.

Baca juga: {Makeover} Ambil Masa 2 Minggu Siapkan Ubahsuai, Hasilnya WOW!

Tapi, bagi anda yang merancang nak renovate rumah ni ada triknya kalau nak jimat. Mohd Shukur, yang merupakan seorang pakar kewangan berkongsi trik jimat nak reno rumah di facebook miliknya.

Pagi tadi semasa breakfast kat mamak terdengar perbualan seorang kontraktor dengan bakal klien dia. Dia menerangkan tentang kenapa kos renovate rumah ( juga buat rumah ) kini meningkat harga.

Betullah apa dia explain tu ✅
Peningkatan harga bahan-bahan pembinaan bukanlah dalam kawalan dia.
Ramai kontraktor kecil kini tersepit dan terkesan kerana ramai yang membatalkan atau menangguhkan renovate rumah kerana kenaikan kos barang2.

Jika anda nak renovate rumah ataupun buat rumah di tanah anda, saya cadangkan barang-barang tu beli sendiri. Pembinaan tu yang upah orang.

Upah orang ni ada 2 cara :

1) Bayar gaji hari.
Tapi bukan bayar setiap hari, maksudnya ialah kiraan gaji hari. Tetapkan setiap Sabtu akan bayar gaji minggu lepas.

2) Bayar Lump sum.
Bayar ikut progress.
Ramai orang ambik jalan mudah iaitu pembelian barang2 & upah serah semua kepada kontraktor.Pakar Ni Bagi Trik Jimat Kalau Nak "Renovate" Atau Buat Rumah 2

Ini disebabkan mereka tidak ingin atau tiada masa belajar perkara-perkara baru seperti :
Beli barang2 sendiri dari hardware atau supplier.
Study sket harga barang2 binaan dan survey kat mana lebih murah dan kualiti.
Mereka anggap mesti susah nak uruskan, padahal belum mencuba melakukannya pun.
Sebuah banglo 4 juta yang anda lihat itu boleh dibuat sama dengan anggaran kos 2.5 juta.
Begitu juga rumah 1 juta tu boleh dibuat dengan anggaran kos 600K.

Tapi AWAS 🔥
Semasa proses pembinaan rumah atau renovate rumah, JANGAN bawa wife anda pergi tengok. Jika anda bawa wife,
Budget anda 1 juta jer akan jadi 1.4 juta.
Budget anda 500K akan jadi 750K
Budget anda 300K akan jadi 500K

Pakar Ni Bagi Trik Jimat Kalau Nak "Renovate" Atau Buat Rumah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list