Berita

Pakej premium RM1.09 sehari | Harian Metro

Pakej premium RM1.09 sehari | Harian Metro 1

Pakej premium RM1.09 sehari | Harian Metro 2

THINK Osem Sdn Bhd yakin platform pendidikan yang dibangunkan syarikat itu dapat dimanfaatkan lebih sejuta pelajar seluruh Malaysia.

Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Muhammad Kamal Maula Mohd Zali berkata, sejak aplikasi Osem diperkenalkan pada 2017, 500,000 muat turun direkodkan membabitkan pelajar dari darjah satu hingga tingkatan lima.

Katanya, aplikasi Osem ini unik kerana bukan saja dapat menambah baik sesi pembelajaran, malah menjadikannya menarik kerana pelbagai hadiah turut disediakan.

“Modul disediakan dalam Osem juga dihasilkan oleh guru berpengalaman dari seluruh negara dan kami menyediakan platform untuk guru dengan memberi ganjaran (pendapatan sampingan) kepada mereka yang menghasilkan modul.

“Setakat ini, kami ada lebih 18,000 guru yang menyertai platform Osem,” katanya.

Menurutnya, aplikasi Osem ini boleh dimuat turun secara percuma dan mempunyai dua jenis akaun iaitu asas dan premium.

Muhammad berkata, akaun asas boleh diakses percuma manakala untuk naik taraf pakej premium caj dikenakan hanya RM1.09 sehari.

Menurutnya, ibu bapa juga boleh memantau hasil pembelajaran anak mereka melalui Osem ini.

“Kami dapati pelajar yang mengikuti modul Osem berjaya menambah baik pengetahuan terutama bagi subjek yang mereka lemah.

“Memandangkan pandemic Covid-19 melanda dan memberi impak kepada sektor pendidikan, kami yakin Osem mampu menjadi alternatif pembelajaran kerana ia antara platform pendidikan lengkap dan terbaik di Malaysia,” katanya.

Antara subjek yang boleh didapati di aplikasi ini adalah Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam bagi sekolah rendah kebangsaan malah, ia turut menawarkan subjek bagi aliran Cina dan Tamil.

Pakej premium RM1.09 sehari | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo