Artikel Terkini

Pasang Sendiri Wainscoting “Double Frame”, Mudah Tapi Hasilnya WOW

Pasang Sendiri Wainscoting "Double Frame", Mudah Tapi Hasilnya WOW 2

Suatu ketika dulu, wainscoting hanya boleh dilihat pada dinding kediaman yang mewah sahaja. Tetapi sejak beberapa tahun yang lalu, ia telah menjadi trend yang boleh dinikmati oleh pelbagai golongan hidup. Evolusi wainscoting telah menjadikannya lebih mudah untuk didapati dan dengan harga yang jauh lebih murah.

Selain itu, cara pemasangannya yang tidak rumit juga telah menjadikan wainscoting sebagai salah satu elemen kegemaran buat pemilik rumah yang inginkan sesuatu yang lebih elegan. Ramai yang lebih memilih untuk pasang sendiri, yang penting hanya perlu teliti dan sabar.

Dalam perkongsian dari Pembekal Kayu Wainscoting ini, ada menunjukkan step-by-step memasang wainscoting pada dinding, khususnya jenis double frame dengan mudah. Jika ikut betul-betul, pasti ruang anda akan kelihatan jauh lebih menarik dengan karakter yang tersendiri. Mari kita cuba!

Bahan-bahan utk projek wainscoting double frame:

  1. kayu wainscoting (3pattern. 1 utk chair rail, 2 utk frame)
  2. gam kayu x-bond
  3. latex sealant
  4. masking tape
  5. cat
    – jotun majestic putih
    – jotun majestic turquoise kod 6084

Pasang Sendiri Wainscoting "Double Frame", Mudah Tapi Hasilnya WOW 3

 

Cara-caranya :

  1. Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai frame) yg di perlukan
  2. Gap antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci shj. (*Gap jgn terlalu besar, tak cantik)
  3. Pilih saiz kayu yg bersesuaianPasang Sendiri Wainscoting "Double Frame", Mudah Tapi Hasilnya WOW 4
  4. Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar.. untuk mendapatkn sudut cantuman yang tepat bagi setiap sudut bingkai, gunakan mitrebox atau alat yang bersesuaian
  5. Cantumkan batang kayu menjadi bingkai
  6. Untuk gam bingkai ke dinding, perlu dibuat dengan teliti (supaya tidah senget)
  7. Selepas gam, ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul2 melekat dan lekatkan masking tape sementara menunggu gam kering
  8. Isi ruang kosong (rongga2 kosong) antara bucu wainscoting dengan filler untuk nampak cantik dan kemasPasang Sendiri Wainscoting "Double Frame", Mudah Tapi Hasilnya WOW 5
  9. Cat keseluruhan dinding & kayu, untuk tampak lebih ‘elegant’ dan mewah gunakan cat jotun majestic sheen (kilat)
  10. Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!

Pasang Sendiri Wainscoting "Double Frame", Mudah Tapi Hasilnya WOW 6

Pasang Sendiri Wainscoting "Double Frame", Mudah Tapi Hasilnya WOW 2

Source link