Berita

Pasar raya mini jual makanan guna logo halal tidak diiktiraf

Pasar raya mini jual makanan guna logo halal tidak diiktiraf 2

Kuala Lumpur: Pasar raya mini jual makanan menggunakan logo halal tidak diiktiraf, selain menyimpan 20 tan minyak masak tanpa lesen di sebuah rumah dijadikan stor di Brickfields, di sini.

Ia terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur menyerbu tiga premis di lokasi berkenaan pada 12.30 tengah hari, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur Zubir Hamsa berkata, serbuan dilakukan pihaknya hasil risikan dilakukan selama sebulan terhadap tiga premis itu.

“Hasil pemeriksaan, kami merampas 650 unit makanan sedia bungkus seperti serbuk cili, sos cili, mi segera serta nasi masala segera dianggarkan bernilai RM3,000 dilekatkan logo halal tidak diiktiraf di sebuah pasar raya mini di lokasi berkenaan.

“Dalam pemeriksaan di sebuah premis di tingkat satu bangunan pasar raya mini itu, kami merampas 4,500 unit makanan sedia bungkus sama dianggarkan bernilai RM17,000 atas kesalahan sama,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Zubir berkata, pihaknya dibawa ke sebuah rumah dijadikan sebagai stor penyimpanan stok barangan jualan terletak 100 meter dari pasar raya mini itu.

“Pemeriksaan menemui 20,000 kilogram (20 tan) minyak masak bukan subsidi dianggarkan bernilai RM64,000 disimpan di dalam rumah berkenaan.

“Semakan mendapati syarikat itu tiada lesen menyimpan minyak masak. Apatah lagi, keadaan rumah itu yang kotor, tidak tersusun serta dipenuhi sampah. Ia tidak sesuai dijadikan lokasi menyimpan bahan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan rampasan makanan sedia bungkus serta minyak masak dianggarkan bernilai RM84,000.

“Siasatan awal mendapati pasar raya mini ini beroperasi sejak 2007. Kami percaya berlaku aktiviti menampal pelekat logo halal tidak diiktiraf di premis ini berdasarkan penemuan produk makanan yang separuhnya belum lagi dilekatkan pelekat terbabit.

“Namun pemeriksaan lanjut dilakukan di ketiga-tiga premis terbabit tidak menemui pelekat berkenaan.

“Pada masa sama, kami mengambil keterangan dua pengarah syarikat iaitu suami isteri masing-masing berusia 50 dan 40 tahun.

“Selain itu, kami mengambil keterangan dua pekerja lelaki warga India bagi membantu siasatan kes mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Pasar raya mini jual makanan guna logo halal tidak diiktiraf 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo