Artikel Terkini, Featured, tip kewangan, Tips Kewangan, tips uruskan duit

Patahkan Nafsu Berbelanja Anda Dengan Konsep Ini. Yang Kuat Shopping Wajib Baca

Patahkan Nafsu Berbelanja Anda Dengan Konsep Ini. Yang Kuat Shopping Wajib Baca
Patahkan Nafsu Berbelanja Anda Dengan Konsep Ini. Yang Kuat Shopping Wajib Baca 1

Di hujung minggu ni, dari kita keluar rumah dan melayan nafsu berbelanja kita tu, ada baiknya kita asah dulu ilmu untuk kawal rasa yang bergelora nak ‘menyoping‘ tu.

Walaupun sebenarnya Tok faham je, lumrah manusia ni memang cenderung untuk beli barangan yang kadang tu tak perlu pun, dan belanja lebih lagi dari yang patut.

Mesti sesekali korang terfikir, apa benda yang dorong kita beli benda-benda yang tak perlu ni eh?

Setiap benda yang terjadi, ada penjelasan dari mana-mana perspektif sekalipun; rasional, saintifik, spiritual, apa-apa sajalah. Tapi kalau tanya Tok bab-bab falsafah ni, salah orang lah.

Yang Tok nak kongsi harini adalah input daripada artikel Joshua Becker ni. Lepas baca, auto rasa macam nak kongsi dengan korang semua. Jom, dari korang berbelanja benda bukan-bukan, meh Tok pulak belanja korang ilmu power ni.

Masa untuk selamatkan duit anda daripada melebur

Korang pernah dengar tak terma Diderot Effect?

Ada sedikit sejarah yang Tok nak kongsi. Terma ini berasal daripada Denis Diderot, seorang ahli falsafah Perancis sekitar abad ke-18 (kita pun belum lahir lagi masa ni).

Penjelasan mudah untuk terma ini adalah:

“Pembelian sesuatu barang akan membawa kepada pembelian barang yang lain.”

Tok nak kongsikan beberapa contoh supaya kita senang nak faham.

  • Kita baru beli baju baru. Akan timbul rasa nak padankan baju itu dengan kasut, atau seluar yang baru. Baru ngam.
  • Danny dapat bonus dan terus tukar kereta Honda Civic (sebelum ini, Danny pakai Viva). Danny akan keluarkan duit lebih banyak untuk minyak yang lebih mahal (RON 97), dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.
  • Tiara baru beli sofa baru untuk ruang tamu. Bila dia selesai susun sofa ini, meja pula tak padan dengan warna sofa baru itu. Terpaksa keluar duit lagi untuk beli meja lain sebagai ganti.

Ada pelbagai lagi contoh lain yang ada dalam dunia serba moden ini. Tekanan daripada kawan-kawan (peer pressure) juga adalah salah satu punca.

Kalau ada kawan kita beli jam tangan baru, mula kita rasa panas punggung. Padahal, jam kat tangan kita masih lagi berkilat dan boleh guna lagi.

Hidup manusia cenderung untuk memiliki benda baru. Dan kita tak mudah puas hati dengan apa yang kita ada.

Ini adalah sifat semulajadi yang ada kat kita semua. Jarang-jarang ada orang suka nak downgrade taraf hidup semasa. Sebab kita dah terlampau selesa.

Yang paling menarik, kita dah sedia maklum yang idea satu pembelian akan jadi punca kepada pembelian yang seterusnya, dan ia boleh jadi pembelian yang tak dirancang (unplanned purchases).

Macam mana nak atasi masalah ini? Teruskan bacaan.

nafsu-berbelanja

5 tip berkesan elakkan duit anda jadi mangsa nafsu berbelanja

#1: Kurang dedahkan diri kat pencetus nafsu belanja

Tabiat tak akan kuasai diri kalau tak ada pencetus.

Cara paling berkesan untuk patahkan kesan Diderot Effect ini, adalah dengan elakkan diri daripada bertembung dengan segala pencetus yang bangkitkan nafsu belanja korang.

Contohnya, kalau nak berhenti beli rokok, jangan simpan pemetik api kat dalam poket. Kalau tak nak tukar kereta, jangan menggatal pergi test drive Honda Civic baru.

Ramai orang mengaku mereka boleh tahan nafsu.

Tapi hakikatnya, tak semua orang boleh buat. Kalau nafsu dah kuasai diri, sila bersiap sedia tengok duit korang bakal melebur.

#2: Latih sesuaikan diri dengan keadaan semasa anda

Bila beli sesuatu barang yang baru, kita terpaksa bersedia keluarkan duit lebih untuk beli barang ekstra.

Tok bagi korang satu contoh mudah.

Korang dah pakai smartphone jenama Samsung. Kalau korang gatal nak tukar beli iPhone, korang akan keluarkan duit lagi untuk beli kabel atau casing baru untuk iPhone itu.

Selagi barang itu boleh dipakai dan masih elok, apa sebab kena tukar yang baru?

Biar saja orang lain bergaya. Kalau korang tak ada duit nak makan, belum tentu lagi orang lain boleh belanja.

#3: Setkan had perbelanjaan anda

Bajet yang baik boleh bantu anda kurangkan belanja. Tapi kalau tak ada disiplin, tak guna juga.

Buatlah bajet yang baik macam mana sekalipun, kalau dah biasa jadi hamba nafsu, kita tetap akan kalah juga. Peperangan paling hebat adalah dengan diri kita sendiri.

Bila dah set bajet untuk ubahsuai rumah atau makan malam, setiakan diri dengan bajet itu, tak kira apa pun yang berlaku.

#4: Harta benda bukan penentu segalanya

Hidup anda tak ditentukan dengan harta benda yang korang ada.

Tak bermakna korang pakai jam jenama Rolex atau Bell & Ross, orang lain akan confirm hormat korang. Sebab nak orang lain pandang korang tinggi, korang sanggup berhabis duit beli itu ini.

Tak perlu percaya kat setiap ayat pemasaran yang dilontar kat korang. Dah memang tujuan utama mereka nak sedut duit korang sampai habis.

#5: Sedar yang sifat manusia tak pernah cukup dengan apa yang ada

Katakan, korang pakai kereta Myvi. Mesti ada cita-cita nak tukar kereta Honda Civic pula lepas ini.

Dah rezeki, korang dapat juga pakai Honda Civic. Lepas ini, apa pula? Mercedes? Audi? Maybach? Bentley? Ferrari atau Lamborghini? Atau nak beli Bugatti?

Manusia tak akan pernah rasa cukup. Selagi boleh, akan ada impian atau target baru dalam hidup. Kalau betul mampu, korang beli kapal terbang pun Tok tak kisah.

Pakai kereta apa pun, fungsinya tetap sama. Supaya korang boleh sampai ke poin B daripada poin A. Jadi, tak ada masalah kalau nak pakai kereta Myvi saja.

Sedar yang kemahuan bukan satu perkara yang patut kita turuti. Ia bukan satu perintah yang bersifat wajib.

Tok faham, nafsu ni memang susah kawal, lagi-lagi bila kita tahu kita mampu. Tapi kalau tak dibendung, tak mustahil ia akan bawa masalah kat kita nanti.

Sebab tu kita kena mula dari awal, dan Tok percaya korang boleh buat benda ni. Semoga dengan tips ini, korang dapat kalahkan nafsu berbelanja korang tu, sekaligus dapat simpan lebih banyak duit untuk benda-benda yang lebih penting in future nanti, insyaAllah.

Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, Tok harap korang janganlah makan sorang; kongsilah jugak dengan kawan-kawan atau saudara mara yang kuat shopping tu.

Lagi satu, kalau korang rasa nak belajar lebih banyak lagi tentang ilmu hartanah dan kewangan, Tok nak jemput korang datang webinar percuma saudara Faizul Ridzuan ni untuk lebih banyak ilmu mahal yang korang boleh dapat. Kalau minat, klik je gambar bawah ni.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

nafsu-berbelanja
Patahkan Nafsu Berbelanja Anda Dengan Konsep Ini. Yang Kuat Shopping Wajib Baca 5

Patahkan Nafsu Berbelanja Anda Dengan Konsep Ini. Yang Kuat Shopping Wajib Baca 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo