Infotainment

PDRM Rekod Kutipan RM13.67 Juta Pada Hari Pertama Diskaun Saman

PDRM Rekod Kutipan RM13.67 Juta Pada Hari Pertama Diskaun Saman
PDRM Rekod Kutipan RM13.67 Juta Pada Hari Pertama Diskaun Saman 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Walaupun baru sehari berlangsungnya tawaran pengurangan bayaran saman sempena acara ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’, PDRM berjaya mendapat kutipan bernilai RM13.67 juta daripada 287,500 saman.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim, kaunter diskaun yang dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) merekodkan kutipan RM431,330 daripada 8,943 saman dan portal MyBayar mencatatkan RM3.4 juta daripada 74,312 saman yang dilunaskan orang ramai.

“Kami terpaksa menutup kaunter PDRM di KLCC pada 4.30 petang tadi dan orang ramai boleh terus membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mempunyai kaunter trafik.

“Pada masa sama orang ramai boleh membuat bayaran melalui portal MyBayar yang dibuka 24 jam,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kaunter PDRM yang dibuka sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC.

Memetik laporan Buletin TV3, kaunter pembayaran saman sempena program ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’ mendapat sambutan luar biasa apabila orang ramai sanggup beratur panjang seawal jam 8.00 pagi pada 9 Disember hari Khamis lalu.

Untuk makluman semua bermula 9 Disember sehingga 12 Disember ini, PDRM dan JPJ menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80% untuk kesalahan-kesalahan terpilih. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

PDRM Dan JPJ Tawar Diskaun Saman Sehingga 80% Sempena ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’

Laporan Pencapaian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Penting Bagi Tentukan Hala Tuju Kerajaan

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Di KLCC Terima Sambutan Hangat


PDRM Rekod Kutipan RM13.67 Juta Pada Hari Pertama Diskaun Saman 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list