Artikel Terkini

Pegawai NATO diselar pakai stoking anti-Russia

Pegawai NATO diselar pakai stoking anti-Russia
Pegawai NATO diselar pakai stoking anti-Russia 1

WARSAW, POLAND – Pengarah Pusat Komunikasi Strategik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Riga, Janis Sarts, dikesan memakai sarung kaki anti-Russia ketika menghadiri persidangan di Poland pada  Jumaat lalu.

Menurut laman berita RT, stoking tersebut bertulis ‘Топчу русню’ yang bermaksud ‘Saya memijak Rusnya’, satu terma berunsur penghinaan buat Russia.

Imej tersebut dimuat naik oleh Menteri Pertahanan Poland, Mariusz Blaszczak  dalam akaun Twitter miliknya selepas merakam gambar itu pada sidang berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan sama ada beliau menyedari bahawa imej berkenaan ‘diganggu’ oleh gambar stoking yang dipakai Sarts.

“Isyarat tersebut menzahirkan kekuatan bagi perang maklumat dan propaganda yang kini berlaku antara Russia dan Barat.

“Jelas di sini bahawa batasan tingkah laku yang lebih terkawal perlu dilaksanakan kerana ia melibatkan seorang pegawai, dan bukannya wartawan atau penulis blog,” kata Ketua Pengarah Majlis Russia untuk Hal Ehwal Antabangsa, Andrey Kortunov.

Tambah Kortunov, beliau percaya tindakan seperti itu hanya akan membawa kepada penyesalan selain mengaku berasa terkejut sekiranya terdapat tindak balas serupa diambil oleh kepimpinan Russia.

“Bagi saya, ia bukan tahap ahli politik kami (Russia),” tegasnya.

Stoking yang mempunyai gambar peluru itu direka oleh personaliti televisyen dari Amerika Syarikat, Michael Schchur dengan kerjasama syarikat dari Ukraine, Dodo Socks.

Menurut laporan, 50 peratus daripada keuntungan bagi setiap pasang stoking yang terjual akan disalurkan kepada 112 Briged Askar Ukraine. – Agensi 

 


Pegawai NATO diselar pakai stoking anti-Russia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list