Berita

Pejuang Palestin, Saeb Erekat meninggal dunia

Pejuang Palestin, Saeb Erekat meninggal dunia 2

Ramallah, Palestin: Saeb Erekat, seorang veteran terkemuka yang memperjuangkan isu Palestin meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyifatkan berita berkenaan sebagai ‘kehilangan seorang abang dan kawan, juga kehilangan besar bagi Palestin dan penduduknya’.

Erekat adalah antara individu yang bertanggungjawab dalam menjalankan rundingan bagi mengakhiri konflik Israel – Palestin, satu matlamat yang tidak dapat disaksikannya.

Beliau dimasukkan ke Hospital Hadassah Ein Kerem pada 18 Oktober lalu kerana masalah fibrosis paru-paru.

Berikutan masalah pernafasan yang dihadapi, peluang untuk sembuh sangat rendah.

Hadassah dalam kenyataan berkata, beliau menerima rawatan rapi selepas dimasukkan ke hospital namun keadaannya tidak menunjukkan sebarang perkembangan baik.

“Beliau berada dalam keadaan kritikal dan menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan pelbagai fungsi organ,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Pejuang Palestin, Saeb Erekat meninggal dunia 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo