Infotainment

“Pelakon Baru Bajet Bagus, Disiplin Tiada, Skrip Tak Hafal”

"Pelakon Baru Bajet Bagus, Disiplin Tiada, Skrip Tak Hafal" 2

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila ada beberapa pelakon senior meluahkan rasa kecewa dengan sikap pendatang baharu di set penggambaran.

Terbaru, pelakon Datuk Fizz Fairuz turut mengulas mengenai perkara itu yang menyatakan rasa kecewa dengan sikap pelakon baharu yang seolah tidak serius dalam bidang lakonan.

BACA: “Pelakon Baru Sibuk Dengan Phone, Di Set Tak Reti Bertanya”

Malah, Fizz turut menyifatkan ada segelintir pendatang baharu merasakan diri mereka bagus, tiada disiplin dan lebih parah ada yang tidak menghafal skrip.

“Benda ni dah lama bro Rusdi Ramli, cakap pun tak guna..tak sama yang dulu, berapa ramai dah bersuara sama jer..

“Tak ada kesan apa-apa pun untuk BBNY ni.. sebab bajet bagus, ada manager, ada pembantu. Displin tiada, skrip tak hafal.. tapi tulah hakikatnya,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Fizz turut berkongsikan paparan laporan mStar kenyataan Rusdi Ramli tentang pelakon baharu.

Dalam pada itu, Fizz turut kesal dengan sikap pendatang baharu yang tidak menghormati pelakon senior.

“Hormat tak ada dan boleh tanya sapa tu? Tak kenal.. hahahahaha. Zaman followers bro, kena terima hakikat,” katanya lagi.

Terdahulu, Rusdi Ramli mendedahkan sikap segelintir pendatang baharu yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon bimbit menjadikan hubungan antara pelakon lain kurang mesra.



"Pelakon Baru Bajet Bagus, Disiplin Tiada, Skrip Tak Hafal" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo